• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Tawar Harga Rumah Mampu Milik, Rumah Bernilai RM300K Kini Serendah RM120K

Oleh
Farisha
14 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Miliki rumah impian di Sarawak serendah RM120,000, peluang terbaik untuk keluarga

Sarawak Tawar Harga Rumah Mampu Milik, Rumah Bernilai RM300K Kini Serendah RM120K. Kerajaan Sarawak kini menjadikan impian memiliki rumah sendiri satu kenyataan buat rakyat. Dengan inisiatif terbaru ini, rumah bernilai RM300,000 boleh dimiliki pada harga serendah RM120,000 sahaja.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menanggung kos pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, utiliti, dan tambakan tanah. Ini bermakna, semua kos ini tidak akan dimasukkan dalam harga akhir rumah.

Sarawak Tawar Harga Rumah Mampu Milik, Rumah Bernilai RM300K Kini Serendah RM120K
Sarawak Tawar Harga Rumah Mampu Milik, Rumah Bernilai RM300K Kini Serendah RM120K. Gambar sekadar hiasan.

Bantuan Kewangan Untuk Pembeli

Untuk memudahkan lagi pembelian, kerajaan Sarawak turut menyediakan sokongan kewangan menerusi Mutiara Mortgage and Finance. Bantuan ini khas untuk rumah dengan harga antara RM120,000 hingga RM250,000.

Bonus tambahan: Premium tanah hanya dikenakan sebanyak RM2,500 sahaja, dan pembeli yang layak juga akan menerima deposit sebanyak RM10,000 daripada kerajaan. Jadi, anda hanya perlu bayar baki selebihnya sahaja.

Rumah Idaman Untuk Keluarga

“Dengan inisiatif ini, setiap keluarga mampu memiliki rumah sendiri yang mempunyai tiga bilik tidur – cukup selesa untuk semua ahli keluarga,” jelas Abang Johari, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut menambah, walaupun nilai komersial rumah ini dianggarkan RM300,000, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia menyubsidi sebahagian besar kos supaya rakyat hanya perlu membayar dari serendah RM120,000.

Masa Depan Cerah Untuk Rakyat Sarawak

Inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan kesejahteraan rakyat. Jadi, bagi anda yang impikan rumah pertama, ini peluang terbaik untuk bertindak.

Jika artikel ini menarik minat anda, kongsikan dengan rakan dan keluarga yang mungkin sedang mencari peluang memiliki rumah.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai inisiatif pelajar IPT Sabah dan Sarawak:

Dijadikan Inisiatif Tahunan, Pelajar IPT Sabah Dan Sarawak Terus Dapat Manfaat Program FLYsiswa
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenderaan Bersepai, Kemalangan Ngeri Akibatkan 4 Maut Di Jalan Airport Kuching Kenderaan Bersepai, Kemalangan Ngeri Akibatkan 4 Maut Di Jalan Stutong Aeroville
Next Article Ruang Menunggu Lebih Besar, Terminal Feri Labuan Bakal Dinaik Taraf Ruang Menunggu Lebih Besar, Terminal Feri Labuan Bakal Dinaik Taraf

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?