• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Rusuhan Di Stadium Kanjuruhan Jadi Tragedi Keganasan Bola Sepak Kedua Terburuk Dunia

Oleh
Husna Hazmi
3 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ini merupakan insiden keganasan bola sepak kedua terburuk pernah dicatat dalam sejarah dunia.

Rusuhan Di Stadium Kanjuruhan Jadi Tragedi Keganasan Bola Sepak Kedua Terburuk Dunia. Insiden rusuhan Indonesia telah menggemparkan satu dunia serta memecah rekod sebagai negara kedua paling banyak mencatat kes kematian ketika perlawanan bola sepak dalam sejarah dunia.

Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, setakat ini, jumlah yang terkorban telah meningkat kepada 182 termasuk 2 orang anggota polis dalam insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang setelah penyokong mengamuk pasukan mereka kalah dan masuk ke dalam padang untuk membuat kekacauan.

Rusuhan Di Stadium Kanjuruhan Jadi Tragedi Keganasan Bola Sepak Kedua Terburuk Dunia
Rusuhan Di Stadium Kanjuruhan Jadi Tragedi Keganasan Bola Sepak Kedua Terburuk Dunia. Aksi kelayakan Tokyo Olimpik antara pasukan Argentina dan Peru.

Insiden keganasan bola sepak terburuk dunia

Insiden keganasan bola sepak terburuk dunia setakat ini berlaku di Estadio Nacional, Lima Peru pada tahun 1964 di mana 328 kematian telah dicatatkan. Insiden ini berlaku apabila pasukan Argentina menewaskan Peru dalam perlawanan kelayakan Olimpik.

Insiden keganasan bola sepak ketiga terburuk dunia pula berlaku di Accra Sport Stadium, Ghana pada 9 Mei 2001 yang telah mengorbankan 126 penyokong bola sepak ketika perlawanan Liga Perdana Ghana antara rumah Hearts of Oak dan Asanten Kotoko.

Rusuhan Di Stadium Kanjuruhan Jadi Tragedi Keganasan Bola Sepak Kedua Terburuk Dunia

Penggunaan gas pemedih mata

Dipetik dari New York Times pula, organisasi hak manusia telah mengecam penggunaan gas pemedih mata ketika berlakunya insiden di Stadium Kanjuruhan ini. Penggunaan gas pemedih mata adalah dilarang sama sekali oleh Persekutuan Bola Sepak Aantarabangsa (FIFA).

Menurut saksi, gas pemedih mata tersebut telah dilepaskan memaksa jumlah orang ramai yang melebihi kapasiti itu bergegas ke pintu keluar.

Penggunaan gas pemedih mata yang berlebihan tersebut telah mengakibatkan jumlah kematian yang banyak di dalam tragedi ini, kata Yayasan Bantuan Guaman Indonesia dalam satu kenyataan.

Perkembangan selanjutnya mengenai insiden bakal menyusul.

Baca lagi mengenai tragedi di Stadium Kanjuruhan Indonesia di sini:

Lemas Akibat Gas Pemedih Mata, Lebih 127 Maut Dalam Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia
SUMBER :Utusan Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Pelbagai Nama Mewakili Babi Untuk Elak Kekeliruan Terutama Dalam Makanan
Next Article Santai Di Tasik Sambil Menikmati Milktea, Ketahui Chagee Kafe Yang Terbesar Di Kuching Santai Di Tasik Sambil Menikmati Milktea, Ketahui Chagee Kafe Yang Terbesar Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?