• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Rainforest World Music Festival 2024 Bakal Tampilkan Kitaro, Pemuzik Lagenda Dari Jepun

Oleh
Aina Musa
1 Mei 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Rainforest World Music Festival 2024 Bakal Tampilkan Kitaro, Pemuzik Lagenda Dari Jepun

Jangan lepaskan peluang ini

Rainforest World Music Festival 2024 Bakal Tampilkan Kitaro, Pemuzik Lagenda Dari Jepun. Artis Jepun, Kitaro, pemenang Anugerah Grammy dan Golden Globe yang terkenal dengan muzik instrumental elektronik, bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini, anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

STB dalam kenyataan memaklumkan festival tiga hari itu dengan tema ‘Evolusi’ meraikan evolusi ekspresi muzik, perpaduan yang ditemukan dalam kepelbagaian, mengangkat kebijaksanaan tradisi Orang Asli dan memupuk harmoni melangkaui sempadan.

Rainforest World Music Festival 2024 Bakal Tampilkan Kitaro, Pemuzik Lagenda Dari Jepun. Sumber: Astro Awani

“Bersama-sama Kitaro, artis terkenal Malaysia Datuk Zainal Abidin yang popular dengan lagu hit tiga dekadnya ‘Hijau’ akan turut memeriahkan RWMF tahun ini.

” Selain itu, mewakili Malaysia Timur ialah artis Sarawak Belle Sisoski, yang menggunakan platform sebagai pemuzik untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak Orang Asli, pemuliharaan alam sekitar dan muzik di Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Artis antarabangsa lain termasuk Alright Mela Meets Santoo (Pakistan/Perancis,), Bourbon Lassi (Australia/Malaysia), Imarhan (Algeria/Perancis), Krakatau Ethno (Indonesia), Nini (Taiwan/Amerika Syarikat), Rizal Hadi and Folk (Indonesia), Rhythm Rebels Featuring Selonding Bali Aga (Indonesia) dan Tribal Tide (Singapura).

Pengunjung RWMF 2024 akan turut dihiburkan dengan persembahan artis Malaysia yang lain seperti The Borneo Collective (Malaysia Timur), Adrian G (Malaysia Barat), Alena Murang (Malaysia Timur), Nisa Addina (Malaysia Timur), Salammusik (Malaysia Barat), The Colour of Sound’s Malaysia (Malaysia Barat), Tuni Sundatang (Malaysia Timur) and Zarul @OurBodySound (Malaysia Barat).

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam kenyataan sama berkata RWMF 2024 bukan berperanan sebagai festival muzik semata-mata; acara tersebut juga memanifestasikan tema ‘Evolusi’ apabila kelestarian, pelancongan bertanggungjawab dan pertukaran budaya bergabung dengan penuh harmoni.

“Kami menjangkakan mengatasi (jumlah) kehadiran RWMF 2023 bagi keseluruhan hujung minggu festival, mewujudkan platform untuk pemimpin pendapat utama, penyokong alam sekitar dan penggerak perubahan belia,” katanya.

Pilihan tiket untuk RWMF 2024 memenuhi keperluan setiap peminat, daripada pas tiga hari berharga RM635 untuk dewasa yang memberikan akses kepada keseluruhan hujung minggu festival, pas sehari untuk orang dewasa yang menawarkan harga untuk pembeli terawal RM235, prajualan pada RM283 dan jualan di pintu masuk RM333.

“Kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun boleh menyertai festival dengan pas sehari berharga RM80, manakala kemasukan untuk kanak-kanak bawah tiga tahun adalah percuma. Hadiah menarik menanti pembeli tiket bagi menyokong inisiatif pelancongan bertanggungjawab dan kelestarian Sarawak,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Sharzede Datu Salleh Askor berkata RWMF sentiasa memartabatkan budaya, meraikan kemeriahan pelbagai tradisi muzik dan menjadi wira kepada suara Orang Asli dunia.

“Pada edisi ke-27 ini, kami menginjak satu langkah penting ke hadapan. Kami mengubah festival ini menjadi platform dinamik yang menyokong amalan lestari dalam pelancongan dan pemuliharaan,” katanya.

RWMF 2024 akan mengetengahkan 20 persembahan, merangkumi 68 pemuzik antarabangsa dari 14 negara di enam benua dan 63 artis Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman web rasmi Rainforest World Music Festival 2024 di www.rwmf.net.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Individu Dari Kuching Dan Kota Kinabalu Menang Jackpot Bernilai Lebih RM10 Juta Individu Dari Kuching Dan Kota Kinabalu Menang Jackpot Bernilai Lebih RM10 Juta
Next Article 3 Majlis Perbandaran Sarawak Terima Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN 3 Majlis Perbandaran Sarawak Terima Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?