• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Di Tangga Pertama, Ini 7 Negeri Paling Rendah Kadar Jenayah Di Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
20 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sabah di kedudukan pertama negeri paling selamat di Malaysia.

Sabah Di Tangga Pertama, Ini 7 Negeri Paling Rendah Kadar Jenayah Di Malaysia. Kebelakangan ini, buka saja ruangan media sosial ataupun berita, pasti akan ada saja kes jenayah yang kita akan lihat.

Perkara ini bukan sahaja membimbangkan malah ia telah mencetuskan kerisauan di kalangan rakyat di negara kita.

Sabah Di Tangga Pertama, Ini 7 Negeri Paling Rendah Kadar Jenayah Di Malaysia
Sabah Di Tangga Pertama, Ini 7 Negeri Paling Rendah Kadar Jenayah Di Malaysia. Gambar sekadar hiasan

Nisbah indeks kadar jenayah di Malaysia

Jabatan Statistik Malaysia telah mengeluarkan nisbah indeks kadar jenayah di Malaysia bagi tahun 2020 dan 2021, jadi mari kita sama-sama lihat negeri mana yang mempunyai kadar jenayah paling rendah di negara kita.

Setiap tahun, indeks nisbah kadar jenayah di Malaysia diukur dengan mengambil kira statistik kes jenayah yang dilaporkan, kemudian dibandingkan dengan jumlah populasi penduduk di setiap negeri.

Indeks nisbah kadar jenayah ini mengambil beberapa kategori jenayah utama yang dibahagikan kepada dua iaitu jenayah keganasan seperti bunuh, rogol, rompakan dan mencederakan orang lain. Kategori jenayah yang kedua pula melibatkan kesalahan seperti pecah masuk rumah, kecurian kenderaan, ragut dan kecurian lain.

Sabah Di Tangga Pertama, Ini 7 Negeri Paling Rendah Kadar Jenayah Di Malaysia
Gambar sekadar hiasan

Sabah negeri paling selamat di Malaysia

Jadi mari kita lihat di sini 7 negeri paling selamat di Malaysia dengan indeks nisbah kadar jenayah paling rendah berdasarkan data tahun 2020 dan 2021:

  1. Sabah- 143.5 indeks nisbah kadar jenayah
  2. Terengganu- 150.3 indeks nisbah kadar jenayah
  3. Kelantan- 188.2 indeks nisbah kadar jenayah
  4. Pahang- 195.7 indeks nisbah kadar jenayah
  5. Perak- 195.8 indeks nisbah kadar jenayah
  6. Perlis- 207.5 indeks nisbah kadar jenayah
  7. Sarawak- 214.6 indeks nisbah kadar jenayah

Sabah adalah di tangga pertama negeri paling selamat di Malaysia dengan indeks nisbah pada tahap 143.5 berbanding 100,000 populasi penduduk, manakala Sarawak di kedudukan ke 7 dengan kadar nisbah 214.6 berbanding 100,000 populasi penduduk.

Sabah Di Tangga Pertama, Ini 7 Negeri Paling Rendah Kadar Jenayah Di Malaysia
Gambar sekadar hiasan

Nisbah kadar jenayah paling tinggi di Malaysia

Bagi negeri yang mempunyai indeks nisbah kadar jenayah paling tinggi di Malaysia pula adalah WP Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan nisbah 592.3 berbanding 100,000 orang, Selangor pula di kedudukan yang kedua dengan nisbah 304.3, dan Negeri Sembilan di tangga ketiga dengan nisbah 295.4.

Namun demikian jenayah ini sebenarnya berlaku tanpa mengira negeri, jadi janganlah menunding jari dan mempersalahkan sesuatu negeri itu jika indeks nisbah kadar jenayah mereka tinggi. Apa yang kita patut lakukan adalah perbaikilah diri kita sendiri dan memberi contoh yang baik kepada golongan dan anak-anak muda.

Baca lagi berita terkini di sini:

Berebut Tempat Duduk Dalam Kereta, Kakak Tikam Adik Guna Pisau Hingga Maut
‘Rare’, Tular Individu Kongsi Gambar Baju Dipercayai Ada Ganja, Undang Pelbagai Reaksi Netizen
SUMBER :Iluminasi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Saman Kenderaan Selamba Guna Laluan Motosikal Di Samarahan JPJ Saman Kenderaan Selamba Guna Laluan Motosikal Di Samarahan
Next Article Gelandangan Di Bintulu Semakin Mengganas, Kali Ini Mengamuk Dan Tumbangkan Tong Sampah Gelandangan Di Bintulu Semakin Mengganas, Kali Ini Mengamuk Dan Tumbangkan Tong Sampah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?