• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Mula Pemberian Dos Penggalak ‘Booster’ COVID-19 Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
20 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Pemberian dos penggalak di Sabah melibatkan dua fasa.

Sabah Mula Pemberian Dos Penggalak ‘Booster’ COVID-19 Hari Ini. Dilaporkan bahawa, Sabah pada hari ini telah memulakan pemberian dos penggalak kepada para petugas barisan hadapan, golongan warga emas dan golongan berisiko.

Sabah Mula Pemberian Dos Penggalak 'Booster' COVID-19 Hari Ini
Sabah Mula Pemberian Dos Penggalak ‘Booster’ COVID-19 Hari Ini

Pemberian dos penggalak di Sabah adalah melibatkan dua fasa

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, lebih 60,000 petugas barisan hadapan dan 193,953 warga emas dan golongan berisiko di Sabah telah dikenal pasti dan layak untuk menerima dos penggalak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau juga turut menjelaskan bahawa pemberian dos penggalak di Sabah adalah melibatkan dua fasa.

“Fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan yang bermula hari ini hingga 20 November ini.

“Manakala fasa kedua yang melibatkan golongan warga emas dan berisiko akan bermula 2 November depan,” kata beliau dalam kenyataan pada hari ini (Rabu).

Sabah Mula Pemberian Dos Penggalak 'Booster' COVID-19 Hari Ini

Memberi pelindungan kepada para penerima

Di samping itu, Hajiji juga berkata walaupun pemberian dos penggalak adalah pilihan tetapi ia perlu diberikan bagi memberi pelindungan kepada para penerima.

Selain itu, beliau memberitahu, dos penggalak ini akan dilakukan di kemudahan perubatan kerajaan dan juga swasta di bawah pemantauan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

“Individu yang layak akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera selain pusat pemberian vaksin akan menghubungi atau menghantar mesej kepada individu lain.

“Bagi individu yang belum mendapatkan vaksin, mereka perlu segera datang ke PPV, hospital dan klinik berhampiran,” tambah beliau lagi.

Setakat 18 Oktober, 70.8 peratus populasi dewasa di Sabah telah lengkap menerima vaksin manakala 319,707 atau 73.67 peratus remaja di Sabah telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Terima E-mel Dan OTP 'Troll' Dari MySejahtera, Aplikasi Ini Dibimbangi Hadapi Masalah Keselamatan Netizen Terima E-mel Dan OTP ‘Troll’ Dari MySejahtera, Aplikasi Ini Dibimbangi Hadapi Masalah Keselamatan
Next Article Kami Tanya Pendapat Netizen Dan Ini Jawapan Mereka Tentang Kedai Yang Patut Buka Di Airport Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?