• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Perlukan RM1.08 Billion Untuk Baiki Jalan Rosak Teruk

Oleh
Nazihah AN
25 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sabah Perlukan RM1.08 Billion Untuk Baiki Jalan Rosak Teruk

836 Kilometer Jalan di Sabah Dalam Keadaan Rosak Teruk

Sabah Perlukan RM1.08 Billion Untuk Baiki Jalan Rosak Teruk. Kerajaan Negeri Sabah memerlukan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion untuk membaik pulih dan menyelenggara jalan raya yang rosak teruk di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, daripada jumlah tersebut, kerajaan persekutuan hanya memperuntukkan RM625 juta manakala Kerajaan Negeri menyumbang RM350 juta pada tahun lalu.

Sabah Perlukan RM1.08 Billion Untuk Baiki Jalan Rosak Teruk

Sabah Perlukan RM1.08 Billion Untuk Baiki Jalan Rosak Teruk

Beliau berkata, berdasarkan data semasa, sejumlah 710 kilometer jalan di Sabah dikategorikan sebagai rosak teruk manakala 126 kilometer lagi dalam keadaan sangat kritikal.

“Dengan peruntukan sebanyak hampir RM1 bilion yang diterima, masih terdapat defisit dalam usaha mengatasi atau melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya di negeri ini,” katanya ketika menggulung Perbahasan Belanjawan Kementerian Kerja Raya Sabah di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Negeri berkata, peruntukan yang diterima tahun lalu digunakan bagi kerja membaik pulih dan menyelenggara jalan negeri, jalan luar bandar, menaik taraf jalan dari Jenis Permukaan Jalan (SRT) 2 dan 3 kepada SRT 1, jalan di bawah Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah serta jalan pertanian.

Berhubung projek Lebuhraya Pan Borneo pula, beliau berkata, Kementerian akan memastikan pemantauan yang berkesan dan teliti terhadap setiap pakej kerja terutamanya Pakej Kerja 1 dan 2 di antara Sindumin dan Beaufort.

“Kita akan memantau dengan rapi kemajuan, pematuhan spesifikasi dan menyelesaikan sebarang isu di tapak dengan segera bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual,” kata beliau.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KWSP Perkenal Akaun 3, Penstrukturan Semula Akaun Mulai 11 Mei
Next Article Suri Rumah Sibu Ditipu RM150,000 Dalam e-Amazon

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?