Dia menjadi individu kedua di Sabah selepas yang lain di Tawau untuk diuji positif untuk koronavirus
Sabah Rekod Kes Kedua COVID-19, Juga Berkait Dengan Perhimpunan Keagamaan Yang Sama. Seorang lelaki berusia 42 tahun yang tinggal di Benoni, Papar telah didapati positif untuk Virus Covid – 19. Individu ini juga difahamkan mempunyai sejarah perjalanan menghadiri sebuah aktiviti keagamaan di Kuala Lumpur, sama seperti kes kes lain seperti di Tawau, Brunei dan juga Kuching.

Lelaki itu diuji di Hospital Papar pada malam Khamis dan dipindahkan ke Queen Elizabeth Hospital. Dia menjadi lelaki kedua di Sabah selepas yang lain di Tawau yang menghadiri acara itu untuk diuji positif untuk koronavirus. Difahamkan lelaki tersebut sudah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Usaha pencegahan di rumah pesakit berkenaan dan kawasan sekitarnya telah dijalankan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekiranya anda merupakan salah seorang yang hadir untuk aktiviti tersebut, anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang terdekat.
