Asiah Abd Jalil merupakan seorang peguam ‘aktivis’ di Kuantan
‘Sabah Sarawak Jauh Ketinggalan’, Kongsian Peguam Wanita Ini Undang Perhatian Netizen. Sebuah kongsian daripada seorang peguam wanita, Asiah Abd Jalil di laman Facebook telah menarik perhatian netizen serta membangkitkan amarah netizen.
Wanita tersebut mengatakan bahawa jika dia adalah seorang kakitangan awam, dia akan meletakkan jawatannya dalam masa 24 jam jika diminta untuk bertugas di Sabah atau Sarawak.

Dia juga mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai banyak sumber tapi tak ramai rakyatnya yang berkualiti, susah nak maju dan berdikari
Tambah wanita tersebut sebagai warga Semenanjung Malaysia, dia melihat Sabah dan Sarawak bukan sebagai tempat yang indah untuk meneruskan kerjaya.
Menurutnya, kedua-dua negeri tersebut bukanlah tempat yang praktikal untuk merancang hidup berkeluarga, membesarkan anak-anak pada usia persekolahan atau merasai hidup yang mencabar tanpa terpaksa merisikokan kesihatan mental dan emosi.
Tambahnya, menghantar kakitangan awam Semenanjung ke Borneo seperti satu bentuk “Hukuman”.
Dia juga mengakui bahawa selepas 60 tahun Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut masih jauh ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia. Dengan adanya keluasan geografi, ramai rakyat jelata, serta banyak hasil mahsul bumi, alam dan laut yang ada di Sabah dan Sarawak, negeri tersebut masih kekal jauh ketinggalan.
Bagaimanapun, kata-katanya ini tidak disambut baik oleh netizen. Walaupun ada sesetengah netizen yang bersetuju dengan kongsian tersebut, terdapat juga reaksi negatif dari netizen.
Kenyataannya itu turut disokong oleh bekas ketua pengarang akhbar tempatan.
Namun begitu, bekas ketua pengarah kumpulan akhbar, A. Kadir Jasin turut meninggalkan komen bersetuju dengan kongsian beliau.
Sebelum ini, Asiah Abd jalil juga terkait dengan beberapa isu yang yang berkait provokasi dan juga menghina Islam. Tindakan beliau juga telah menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat Malaysia.
