• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kekangan Bajet dan Fasiliti, Sabah Tarik Diri Jadi Hos Sukan SEA 2027

Oleh
Nazihah AN
22 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kekangan Bajet dan Fasiliti, Sabah Tarik Diri Jadi Hos Sukan SEA 2027

Sabah Tarik Diri Sebagai Hos Bersama Sukan SEA 2027

Kekangan Bajet dan Fasiliti, Sabah Tarik Diri Jadi Hos Sukan SEA 2027. Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan penarikan diri daripada menjadi hos bersama untuk Sukan SEA 2027 disebabkan kekurangan kemudahan yang mencukupi.

Akhbar tempatan melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata bahawa kerajaan Sabah pada awalnya bersetuju dengan bajet sebanyak RM100,528,975 untuk penganjuran bersama, namun kini menyedari keterbatasannya.

Kekangan Bajet dan Fasiliti, Sabah Tarik Diri Jadi Hos Sukan SEA 2027

Sarawak dan Pulau Pinang masih komited

Sehubungan itu, kementerian merancang untuk berunding dengan penaja swasta dan korporat bagi mendapatkan sokongan dalam bentuk wang tunai dan sumbangan lain.

“Sukan SEA 2027 akan dibiayai bersama oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan entiti korporat,” kata Hannah Yeoh.

Beliau turut menjelaskan bahawa setakat ini, kerajaan negeri telah menyumbang RM365 juta, dengan RM350 juta daripada kerajaan Sarawak dan RM15 juta daripada kerajaan Pulau Pinang.

Tambahnya, kementerian kini sedang berusaha untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Sekretariat bagi Sukan SEA 2027 bersama Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, pelbagai kementerian yang berkaitan, dan kerajaan negeri.

“Anggaran kos untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 adalah sebanyak RM700 juta, berbanding RM608,741,085 yang digunakan untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Oleh itu, kementerian percaya bahawa Sukan SEA 2027 dan Sukan Para ASEAN 2027 boleh dianjurkan dengan pendekatan yang lebih berhemah, minimalis, dan berskala kecil.

“Fasiliti sedia ada sudah mencukupi untuk penganjuran, dengan kos menaik taraf yang lebih menjimatkan berbanding membina venue baharu,” tambah beliau.

Pada 28 Ogos lalu, kerajaan telah meluluskan cadangan Malaysia untuk menganjurkan kedua-dua Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN pada tahun 2027.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Sarawak Pilih 3 Acara Untuk Kuching Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Malaysia Terima Tawaran SEAGF, Sarawak Dipiliih Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Dapat Hak Trafik Udara Untuk Tambah Laluan Baharu Dari Sabah Dan Sarawak AirAsia Dapat Hak Trafik Udara Untuk Tambah Laluan Baharu Dari Sabah Dan Sarawak
Next Article 2 Blok Hangus, SMK Lawas Musnah Dalam Kebakaran

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?