• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Bakal Bina Tiga Taman Perindustrian Baharu

Oleh
Farisha
18 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Perancangan taman perindustrian baharu di Kota Belud, Kudat, dan Beaufort

Sabah Bakal Bina Tiga Taman Perindustrian Baharu. Kalau anda fikir Sabah hanya terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, tunggu dulu. Negeri di bawah bayu kini dalam fasa serius untuk melonjakkan ekonominya ke tahap baharu — dengan perancangan untuk bina tiga taman perindustrian baharu di Kota Belud, Kudat, dan Beaufort.

Menurut Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, taman-taman sedia ada sekarang dah hampir penuh. Harga tanah pun makin tinggi, sampai menyukarkan pelabur nak masuk.

Sabah Bakal Bina Tiga Taman Perindustrian Baharu
Sabah Bakal Bina Tiga Taman Perindustrian Baharu. Gambar hiasan.

“Sudah tiba masanya kita rancang taman perindustrian baru yang berkonsepkan plug-and-play, lengkap dengan kemudahan yang cukup,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Maksudnya, bila taman-taman ni siap nanti, pelabur boleh terus masuk dan jalan. Tak perlu pening kepala fikir nak bina semua dari kosong.

Siapa urus, dan di mana lokasi tepat?

Tiga lokasi ni akan dikendalikan oleh agensi-agensi berbeza, bergantung pada kawasan:

  • Kota Belud: Diurus oleh KKIP (Taman Perindustrian Kota Kinabalu)
  • Kudat: Dikendalikan oleh SEDCO
  • Beaufort: Berkemungkinan besar oleh SOGIP (Taman Perindustrian Minyak & Gas Sipitang) sebab lokasinya berdekatan

Tak nak ulang kesilapan lama

Phoong turut tekankan — kali ni, kerajaan tak nak ulang kesilapan lepas yang bina kawasan industri dekat kawasan penempatan, sebab nanti banyak isu pampasan dan gangguan sosial.

“Kalau dibina dekat kawasan yang dah didiami, memang susah. Kita nak elakkan semua tu,” katanya.

Faktor tenaga: gas asli & tenaga angin

Lokasi-lokasi ni juga dipilih berdasarkan akses kepada sumber tenaga. Gas asli di pantai barat Sabah, serta potensi tenaga angin di utara (termasuk Kudat) antara faktor utama pemilihan kawasan.

“Kawasan berhampiran injection point gas asli akan diberi keutamaan,” jelas Phoong lagi.

Peluang pekerjaan untuk anak jati Sabah

Antara highlight paling best — Datuk Phoong janji belia Sabah akan diberi keutamaan dalam peluang kerja yang akan diwujudkan nanti, macam yang pernah dibuat di POIC Lahad Datu.

“Bila kita dah ada industri sendiri, anak-anak Sabah tak perlu berhijrah ke tempat lain macam Penang atau Selangor untuk kerja kilang,” katanya dengan penuh harapan.

Pelan induk (master plan) hampir siap

Untuk mereka yang tertanya-tanya bila semua ni akan jadi realiti — pelan induk (master plan) untuk beberapa kawasan seperti Kota Belud dah hampir siap dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet Negeri dalam masa terdekat.

Sabah bakal ada tiga taman perindustrian baharu di Kota Belud, Kudat & Beaufort — dengan konsep sedia guna (plug-and-play), fokus pada tenaga strategik, dan peluang kerja khas buat anak tempatan. 💪

Kalau korang orang Sabah, especially fresh grads dan belia, ini boleh jadi game changer besar untuk masa depan ekonomi negeri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kerajaan Sabah Disaran Bawa Teknologi Dan Kepakaran Rawatan Thalasemia Dari Luar Negara
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2025 Kini Dibuka, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekas Pengurus Petronas Didakwa Bocor Dokumen Rahsia Kepada Petros Bekas Pengurus Petronas Didakwa Bocor Dokumen Rahsia Kepada Petros
Next Article Lelaki Sabah Didenda RM25 Kerana Ugut Dan Cederakan Teman Wanita

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?