• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita MalaysiaCerita Borneo

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial

Oleh
Husna Hazmi
4 Disember 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju dengan keputusan berikut.

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial. Sabah telah membuat pengumuman hari ini bahawa pembukaan pintunya pada pengunjung daripada Semenanjung, Sarawak dan juga Labuan.

Isi Isi Penting
  • Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju dengan keputusan berikut.
  • Benarkan kemasukan individu ke Sabah
  • Ramai rakyat negeri ini ingin pulang
  • Kebenaran ini tertakluk kepada SOP

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata bahawa kemasukan ke negeri Sabah ini hanya memerlukan ujian saringan COVID-19 yang dibuat tiga hari sebelum bertolak.

Menurut beliau juga, syarat yang lebih longgar itu ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) baharu yang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri sejajar dengan penambahbaikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara berperingkat.

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial. Kredit gambar: Harian Metro
Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial. Kredit gambar: Harian Metro

Benarkan kemasukan individu ke Sabah

“Kerajaan negeri bersetuju membenarkan kemasukan individu ke Sabah dengan beberapa perincian SOP baharu, antaranya membenarkan kemasukan individu ke Sabah untuk tujuan sosial.

“Ia membabitkan kemasukan domestik bagi pemegang MyKad, MyPR, MyKAS; pemegang pas imigresen jangka panjang bukan warganegara yang sah tempoh dan suami atau isteri kepada rakyat Sabah dan tanggungan,”tambah beliau pada sidang media perkembangan semasa Covid-19 Sabah, malam ini.

Oleh demikian, kemasukan orang bukan warga negara yang tidak memiliki pas imigresen jangka panjang wajib untuk mendapatkan kelulusan khas daripada kerajaan negeri, katanya.

Disamping itu, beliau berkata semua individu yang memasuki Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat hanya perlu menjalani calitan ujian pengesanan RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan.

“Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan masuk ke Sabah. Kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pergerakan keluar dari Sabah pula tidak diperlukan,” tambahnya lagi.

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial

Ramai rakyat negeri ini ingin pulang

Masidi yang juga merupakan jurucakap Covid-19 Sabah berkata, kebenaran itu mengambil kira ramai rakyat negeri ini yang berada di Semenanjung ingin pulang namun terhalang disebabkan larangan rentas negeri.

Menurutnya, keputusan itu merupakan usaha kerajaan untuk memulihkan pelancongan domestik secara berperingkat menerusi kemasukan pengunjung dari negeri lain.

“Kita juga mengambil kira ada rakyat Sabah mahu pulang untuk menyambut Krismas bersama keluarga pada akhir bulan ini.

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial

Kebenaran ini tertakluk kepada SOP

“Bagaimanapun, perlu diingat kebenaran ini juga tertakluk kepada SOP lain yang masih dikuatkuasakan,” katanya.

Beliau berkata, maklumat yang lebih lanjut berhubung perkara itu termasuk sama ada PKPB di Sabah ditamatkan atau tidak dijangka diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada esok hari.

Katanya, Ismail juga dijangka untuk membuat pengumuman mengenai status larangan rentas daerah yang dikuatkuasakan di Sabah ketika ini.

PKPB di Sabah yang disambung selama sebulan sejak awal bulan lalu dijadualkan akan tamat pada Ahad ini.

Kredit: HarianMetro

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Trip Ke 'Big Ben' Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menghayati 'Vibe' London! Trip Ke ‘Big Ben’ Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menikmati ‘Vibe’ London!
Next Article SV Sedia Bantu Rakyat Sarawak Yang Terkandas Di Sabah Dan Semenanjung Pulang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?