• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Saintis Data Dari Malaysia Lancarkan Laman Web Perkembangan Terkini Virus Wuhan

Oleh
Ismail NA
29 Januari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Laman Web “Corona Tracker” Hanya Mengambil Masa Dua Hari Untuk Dibina!

Saintis Data Dari Malaysia Lancarkan Laman Web Perkembangan Terkini Virus Wuhan. Sejak penularan wabak coronavirus Wuhan, lambakan berita palsu yang tular di laman media sosial telah banyak mengelirukan orang awam. Ia juga menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat tentang bahaya kesan daripada wabak ini jika dijangkiti. Namun demikian, sumber sahih yang terhad telah menyebabkan info sebenar tentang wabak ini terselindung di sebalik berita-berita viral yang tiada hujung pangkal.

Namun begitu, usaha yang dilakukan oleh sekumpulan saintis data dari Malaysia ini harus dipuji kerana mereka berjaya membina sebuah laman web “Corona Tracker”. Untuk pengetahuan anda, laman web ini merupakan sebuah portal real-time yang memaparkan perkembangan terkini wabak ini dari seluruh dunia. Selain itu, ia juga memaparkan statistik terkini (jumlah kes, kematian dan mangsa yang telah pulih).

Perkara yang paling mengagumkan tentang pembangunan laman web ini ialah ia hanya mengambil masa selama 2 hari untuk dibina dan dilancarkan. Projek ini diketuai oleh saintis data berkelulusan PhD dari Queensland University of Technology, Dr. Lau Cher Han, pakar saintis data berpangkalan di Cyberjaya, Hafeez Nazri serta jurutera frontend, Tan Wei Seng.

Saintis Data Dari Malaysia Lancarkan Laman Web Perkembangan Terkini Virus Wuhan
Dr. Lau Cher Han. Kredit : drhanlau.com

Dengan bantuan ratusan sukarelawan yang menyalurkan maklumat serta kepakaran dalam bidang teknologi maklumat, kerja-kerja pengumpulan data menjadi mudah dan cepat. Para sukarelawan tersebut terdiri daripada pakar kesihatan, saintis data, pereka UI/UX, full stack developer dan orang awam.

Portal komuniti tersebut juga menggunakan kepakaran daripada 460 orang sukarelawan dari seluruh dunia untuk mengesahkan sumber yang sahih bagi tujuan analisis serta memastikan ia bebas daripada berita palsu.

Saintis Data Dari Malaysia Lancarkan Laman Web Perkembangan Terkini Virus Wuhan
Saintis Data Dari Malaysia Lancarkan Laman Web Perkembangan Terkini Virus Wuhan

Laman web tersebut juga mempunyai papan pemuka analitik yang memaparkan data seperti jumlah kes yang telah disahkan positif, jumlah kematian, jumlah kes yang disyaki, jumlah kes pulih serta trend wabak dari semasa ke semasa. Sumber-sumber ini diperolehi daripada Centre For Disease Control (CDC) dan University John Hopkins.

Projek ini merupakan projek open source yang mana kesemua informasi serta data boleh didapati di Github.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman web coronatracker.com untuk maklumat terkini yang sahih berkaitan wabak Wuhan ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disebalik Kekecohan Wuhan Coronavirus, 110 Orang Juga Telah Pulih Di China
Next Article Berikut Adalah Laluan-Laluan Di Kuching Yang Akan Disekat Sempena Le Tour de Langkawi Ke-25

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?