Proses ‘pembersihan’ oleh Majlis Perbandaran Sibu akan bermula pada bulan depan
Sakit Mata Memandang, Kereta Terbiar Dan Usang Di Tepi Jalan Sekitar Sibu Akan Dilupuskan. Dilaporkan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan memulakan proses membersihkan semua kereta terbiar dan usang yang terletak di tepi jalan dan di hadapan bengkel di sekitar Sibu pada bulan depan.
Difahamkan, kereta-kereta terbiar ini akan dibawa ke tapak pelupusan sampah di Kemuyang.
Tapak pelupusan sampah telah disediakan
Menurut laporan, pengerusi MPS iaitu Clarence Ting, menyatakan bahawa tapak pelupusan sampah telah disediakan sepenuhnya untuk tugas ini.
Katanya lagi, sepatutnya tiada kelewatan lagi dalam mengalihkan kenderaan yang tidak sedap dipandang dan berbahaya ini.
Sejak kebelakangan ini, banyak kereta terbiar bertaburan di seluruh Sibu, dari Sungei Antu ke Jalan Teng Kung Suk ke Jalan Upper Lanang dan telah menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah tersebut.
Menurut Ting, Jalan Kuda sahaja mempunyai lebih daripada 10 kereta terbiar bersepah di tempat letak kereta.
Pemilik bengkel akan dimaklumkan
Difahamkan, Ting telah mengarahkan kakitangan penguatkuasanya untuk memaklumkan pemilik bengkel mengenai langkah yang akan berlaku.
Sementara itu, beliau menyatakan pihak kontraktor sudah pun bersedia untuk mengalihkan kereta tersebut, dan beliau berharap mereka dapat menyiapkan kerja itu dengan cepat.
Beliau turut berharap menjelang akhir tahun ini, tapak pelupusan sampah Kemuyang akan dipenuhi dengan semua kereta terbiar.