• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Salah Cas Harga Dan Servis Lambat, Wanita Kecewa Dengan Kecuaian Sebuah Restoran Di Kuching

Oleh
Aina Musa
28 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Salah Cas Harga Dan Servis Lambat, Wanita Kecewa Dengan Kecuaian Sebuah Restoran Di Kuching

Dicas harga melampau kerana kecuaian pekerja?

Salah Cas Harga Dan Servis Lambat, Wanita Kecewa Dengan Kecuaian Sebuah Restoran Di Kuching. Tular di laman sosial Facebook apabila seorang wanita berkongsi kisah sedih setelah dilayan dengan servis yang kurang mesra daripada restoran terkenal di Kuching. Bahkan, beliau juga dikatakan terkejut apabila dicas dengan harga yang melampau oleh restoran itu.

Berdasarkan perkongsian itu, restoran tersebut terletak di Icom, Square. Menurut kisah yang dikongsikan oleh wanita tersebut, dia telah berkunjung ke restoran itu bersama-sama seorang lagi kenalannya untuk singgah makan di situ.

Salah Cas Harga Dan Servis Lambat, Wanita Kecewa Dengan Kecuaian Sebuah Restoran Di Kuching
Salah Cas Harga Dan Servis Lambat, Wanita Kecewa Dengan Kecuaian Sebuah Restoran Di Kuching. Kredit: Facebook

Menerusi perkongsian itu, beliau hanya memesan 2 jenis hidangan utama, 2 minuman dan 3 jenis roti. Sebaliknya, jumlah yang dikenakan tidak selari dengan apa yang dipesan oleh mereka. Ketika mereka menerima bil, mereka terkejut dengan jumlah yang tertera di dalamnya. Wanita itu mengatakan bahawa mereka telah dicas harga yang jauh lebih tinggi daripada harga yang sepatutnya.

Hal ini kerana mereka telah pun dicas sebanyak RM 77.50 untuk keseluruhan makanan dan minuman tersebut.

Berikut merupakan perkongsian wanita ini:

Salah Cas Harga Dan Servis Lambat, Wanita Kecewa Dengan Kecuaian Sebuah Restoran Di Kuching

Setelah diselidik, rupanya salah seorang pekerja di restoran itu ‘cuai’ dan tersalah ‘key in’ pesanan pelanggan lain dan memasukkan pesanan itu ke dalam resit mereka.

Bahkan servis juga lambat?

Tidak cukup dengan itu, dalam perkongsian itu juga beliau turut meluahkan kekecewaan beliau dengan servis restoran itu. Difahamkan, mereka telah ‘diabai’ oleh pekerja restoran itu dalam masa yang agak lama sebelum pesanan mereka diambil.

Tambahnya, walaupun sudah menekan loceng beberapa kali (kegunaan untuk memanggil pekerja) namun mereka tetap tidak diendahkan oleh pekerja di situ.

Apa yang menyedihkan, pelanggan lain yang datang selepas mereka dilayan dan dijamu lebih awal daripada mereka.

Wanita tersebut merasa sangat kecewa dengan pengalaman yang telah dialaminya dan merasakan bahawa pihak restoran sepatutnya lebih teliti dan berhati-hati dalam memberikan servis yang baik kepada pelanggan mereka.

Namun begitu, salah seorang pemilik restoran tersebut telah pun tampil membuat permohonan maaf di atas kecuaian yang dilakukan oleh pekerja beliau di laman Facebooknya. Untuk mengikuti permohonan maaf tersebut, boleh lihat di sini.

Baca lagi artikel terkini:

Dapat Kerja Dari Facebook, Wanita Sarawak Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Kerja Sebagai ‘Scammer’ Tanpa Rela
Tertinggi Di Malaysia, Dua Pertiga Dari 90 Kes Pembalakan Haram Direkodkan Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dapat Kerja Dari Facebook, Wanita Sarawak Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Kerja Sebagai 'Scammer' Tanpa Rela Dapat Kerja Dari Facebook, Wanita Sarawak Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Kerja Sebagai ‘Scammer’ Tanpa Rela
Next Article 'Sebijik Macam Awie Dan Ziana Zain', Penyanyi Iban Dan Brunei Ini Raih Perhatian Netizen ‘Sebijik Macam Awie Dan Ziana Zain’, Penyanyi Iban Dan Brunei Ini Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?