• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Salah Hantar Dokumen Punca Individu Viral Ditolak Permohonan Masuk Ke Sarawak

Oleh
ILB - AI
14 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Salah Hantar Dokumen Punca Individu Viral Ditolak Permohonan Masuk Ke Sarawak
Perkara tersebut dijelaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Salah Hantar Dokumen Punca Individu Viral Ditolak Permohonan Masuk Ke Sarawak. Baru baru ini seorang individu telah meluahkan perasaan kecewanya apabila permohonan masuk beliau ke Sarawak telah ditolak sebanyak 4 kali. Perkongsian individu tersebut setakat ini telah mendapat lebih dari 900 perkongsian dan lebih dari 1 ribu reaksi emoji di laman Facebook.

Pihak Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini telah menjelaskan mengenai isu tersebut dan menyatakan bahawa permohonan individu tersebut ditolak kerana tidak menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonannya.

Siasatan mendapati individu berkenaan melampirkan keputusan ujian RTK-Antigen yang sama dengan empat permohonannya untuk memasuki Sarawak.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan ke Sarawak, setiap pemohon perlu mengemukakan keputusan ujian ujian RT-PCR seperti yang dinyatakan.

Salah satu syarat untuk memasuki Sarawak adalah mengemuka dan melampirkan keputusan ujian RT-PCR yang dijalani dalam tempoh 72 jam sebelum memasuki negeri ini.

JPBNS juga menyatakan bahawa telah mengenal pasti identiti sebenar individu terbabit.

Individu tersebut telah mengemukakan permohonannya pada 8, 9, 10 dan 11 September 2021 dengan melampirkan keputusan ujian RTK yang sama dan ia adalah bertentangan dengan SOP kemasukan ke Sarawak seperti dinyatakan oleh JPBNS.

JPBNS juga mengatakan bahawa mempunyai perincian peribadi dan rakaman suara individu terbabit yang mengakui kesalahannya semasa siasatan.

JPBNS kesal kerana individu terbabit dengan sengaja menyalahtafsirkan fakta dan mencemarkan imej JPBNS serta mengelirukan orang ramai dengan mendakwa empat permohonannya ditolak dengan salah.

Sehubungan itu, JPBNS tidak mempunyai pilihan selain menolak semua permohonannya.

JPBNS juga menasihatkan masyarakat supaya mematuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam SOP kemasukan ke Sarawak dan tidak menyalahkan JPBNS apabila mereka melakukan kesilapan.

Bagi anda yang ingin memasuki Sarawak atas urusan rasmi dan atas urusan urusan lain yang dibenarkan, anda boleh rujuk SOP di bawah untuk memohon kebenaran masuk. Pastikan juga anda melakukan rujukan di laman sesawang MOT Sarawak untuk mendapatkan jadual penerbangan yang dibenarkan dan sentiasa merujuk di laman rasmi SDMC : https://sarawakdisastermc.com/ untuk mendapatkan panduan SOP terkini untuk perkara berkaitan. Pastikan juga anda telah mempunyai dokumen dokumen yang diperlukan sebelum mula mengisi permohonan balik ke Sarawak untuk memudahkan proses.

Baca juga artikel lain yang berkaitan :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Tidak Perlu Ujian RT-PCR Atau RTK Untuk Ke Daerah Lain Di Sarawak Kecuali Bintulu
Next Article Rogol Adik Kandung Bawah Umur Di Sabah, Lelaki Beristeri Dua Dipenjara 12 tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?