• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Salah Satu Port Kegemaran Lokal, 126 Laksa Sediakan Laksa Sarawak Enak Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
30 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Laksa Sarawak sedap di Kuching untuk anda.

Salah Satu Port Kegemaran Lokal, 126 Laksa Sediakan Laksa Sarawak Enak Di Kuching. 126 Laksa merupakan salah satu tempat makan yang menyediakan Laksa Sarawak paling legend dan juga enak di Kuching.

Tidak hairanlah kenapa 126 Laksa ini menjadi pilihan ramai penduduk lokal di sini. Selain rasanya yang enak, di sini juga menyediakan pelbagai menu Laksa Sarawak yang menarik.

Salah Satu Port Kegemaran Lokal, 126 Laksa Sediakan Laksa Sarawak Enak Di Kuching
Salah Satu Port Kegemaran Lokal, 126 Laksa Sediakan Laksa Sarawak Enak Di Kuching. Sumber foto; FB 126 Laksa

Pelbagai topping Laksa Sarawak menarik untuk anda

Istimewanya Laksa Sarawak di sini adalah mereka menyajikan Laksa Sarawak dengan pelbagai jenis topping menarik seperti Kaki Ayam, Pattaya, Udang Besar, Telur Padi, Telur Puyuh, Oyster, Kerang, Sotong dan juga Abalone!

Meriahkan? Selain daripada toppingnya yang pelbagai, kuah Laksa Sarawak di sini memang padu serta sambalnya pula on point.

126 Laksa ini bukan sahaja menjadi port terkenal untuk sarapan pagi, malah ramai juga yang berkunjung di sini pada waktu tengah hari dan petang.

Salah Satu Port Kegemaran Lokal, 126 Laksa Sediakan Laksa Sarawak Enak Di Kuching
Sumber foto; FB 126 Laksa

Ada 2 cawangan di Kuching

Mempunyai 2 cawangan di Kuching, 126 Laksa terletak di Ground floor lot180 Jalan chan Chin Ann (buka jam 7 pagi hingga 1 petang) dan 126 Laksa Express pula terletak di Metrocity, Matang (buka jam 9 pagi hingga 7 petang). Anda juga boleh dapatkan 126 Laksa di GrabFood.

126 Laksa juga ada menyediakan banyak lagi menu lain untuk anda seperti Nasi Lemak, Mi Kolo, Wantan Goreng dan banyak lagi. Jadi tunggu apa lagi, jom nikmati Laksa Sarawak enak kegemaran penduduk lokal di sini!

Lagi tempat makan menarik di Kuching untuk anda di sini:

Dianggap ‘Legend’ Di Kuching, Anda Perlu Cuba Mee Jawa Pak Awang
Dijamin Halal, Little Oppa Di Icom Square Ini Tawar Hidangan Korea Lazat Dan Authentic
SUMBER :FB 126 Laksa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laksa Sarawak Vs Laksa Penang, Mat Salleh Kata Laksa Sarawak Lagi Sedap
Next Article Plaza Merdeka Dedah Ahli Baharu, Rupa-Rupanya Seekor Kucing Bernama 'Hassan' Plaza Merdeka Dedah Ahli Baharu, Rupa-Rupanya Seekor Kucing Bernama ‘Hassan’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?