I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming

Oleh Nur Afifah 8 Januari 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Sebanyak 10,000 unit produk terbaharu instafamous ini laku dalam masa kurang satu jam!

Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming. Beberapa hari yang lalu, seorang instafamous masakan iaitu Khairul Aming telah mencipta fenomena apabila beliau berjaya menjual produk terbaharunya dalam masa 54 minit sahaja. Produk terbaharunya iaitu Sambal Nyet Berapi merupakan sambal yang telah siap dimasak dan sedia untuk dimakan dengan apa-apa hidangan. Bahkan, sambal ini juga boleh menjadi pembangkit selera makan anda.

Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming
Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming
Sumber : IG Khairul Aming

Susulan kejayaan beliau menjual produk makanannya itu, seorang pengguna di laman sosial Facebook tampil membongkar rahsia di sebalik jualan sambal Khairul Aming yang begitu laris. Nur Syahirah Yaakub berkongsi pemerhatiannya tentang strategi cemerlang yang digunakan oleh Khairul Aming beberapa hari sebelum penjualan Sambal Nyet Berapi.

Setakat artikel ini ditulis, entri Nur Syahirah telah mendapat sebanyak 1.4K tanda suka dan 2.3K perkongsian.

Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming
Sumber : FB Nur Syahirah Yaakub

1% pengikut Instagram Khairul Aming lebih dari cukup untuk melariskan Sambal Nyet Berapi

Jelasnya, beliau sudah mula membuat perkiraan seawal 5 hari daripada tarikh jualan iaitu pada hari Khairul Aming mengumumkan untuk mengeluarkan produk terbaharunya itu. Memandangkan Khairul Aming kini mempunyai 2.7 juta pengikut di laman Instagram, jumlah 1% daripada pengikutnya itu pun sudah cukup banyak untuk melariskan produk terbaharunya iaitu seramai 27,000 orang.

Pada hari ke-4 sebelum penjualan pula, Khairul Aming mula menarik perhatian ramai dengan video 1 minitnya seperti biasa. Namun, video 1 minit tersebut bukan tentang masakan atau resepi seperti yang selalu dikongsikan oleh beliau tetapi sebaliknya perjalanan Khairul Aming menghasilkan sambal fenomena tersebut.

Langkah penghasilan video pemasaran yang sistematik dan bertaraf A+

Kemas dan mudah difahami, Nur Syahirah memecahkan 4 langkah penghasilan video A+ yang dihasilkan oleh Khairul Aming bermula daripada proses bahan mentah, proses penyimpanan produk dan ciri-ciri keselamatan, sistem tag untuk tarikh luput, dan final assembly line sebelum pengeluaran dan persiapan terakhir sebelum dihantar ke rakan penghantar.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Semuanya berjaya dikompilasikan secara ringkas dalam video 1 minit, ya.

Hari ke-3 disusuli dengan pengumuman harga untuk seunit sambal dan maklumat lanjut tentang Sambal Nyet Berapi daripada tahap kepedasan, cara pembelian, tarikh lancar dan kuantiti dijual sehinggalah ke hari penjualan yang menyaksikan sambal instafamous Khairul Aming laris tak sampai satu jam.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Strategi bijak Khairul Aming guna platform Shopee untuk kendalikan pesanan yang banyak

Nur Syahirah dalam entrinya turut menyebut strategi Khairul Aming untuk menjual produk tersebut di platform Shopee adalah sebuah tindakan yang bijak kerana sistem tersebut memudahkan kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual untuk membuat urus niaga.

Bagi pihak pembeli seperti Syahirah, penjualan produk Sambal Nyet Berapi di platform Shopee memudahkannya untuk melakukan urusan pembayaran kerana telah dihubungkan dengan kad kredit dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan One Time Password (OTP).

Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming
Pakej Sambal Nyet Berapi beserta kad ucapan.
Sumber : FB Nur Syahirah Yaakub

Pihak Khairul Aming pula tentunya mudah untuk mengendalikan pesanan stok yang banyak iaitu sebanyak 10,000 unit melalui platform Shopee. Tambah Syahirah lagi, sekiranya Khairul menggunakan Whatsapp atau laman sesawang untuk menjual produknya, pelbagai kesulitan akan timbul seperti tidak sempat untuk membalas pesanan dan laman sesawang mengalami masalah teknikal akibat terlalu banyak trafik dalam satu-satu masa.

Bukan itu sahaja, pasukan Khairul Aming juga telah bersiap sedia dengan 2,000 hingga 3,000 unit terawal dibungkus dalam kuantiti 1 dan 2 unit agar dapat dihantar terus pada hari yang sama. Tinggal cetak pelekat kurier dan tampal sahaja!

Wow! Sangat teliti ya pemerhatian ini.

Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming
Sumber : FB Nur Syahirah Yaakub

Bukan kejayaan sehari semalam, jualan laris Khairul Aming titik peluh bina nama dengan konsisten selama 4 tahun

Menurut pemerhatian Nur Syahirah juga, kejayaan Khairul Aming ini bukanlah kejayaan yang dibina dalam masa sehari semalam tetapi sebaliknya memakan masa selama 4 tahun untuk beliau membina kredibiliti dan pengaruh. Berbekalkan konsistensi, kesungguhan dan kreativitinya dalam menghasilkan video masakan 1 minit, Khairul Aming berjaya membuktikan bahawa kejayaan datang bersama fokus dan kesabaran yang tinggi.

Pengikut beliau juga ada yang meminta untuk dihalalkan menggunakan resepi yang dikongsikan kerana mahu dibuat meniaga. Resepi yang dikongsi oleh Khairul Aming juga banyak digunakan oleh masyarakat untuk melakukan perniagaan dan itu mungkin adalah salah satu cara beliau bersedekah selama ini iaitu berkongsi ilmu, jelas Syahirah lagi.

Entri tersebut diakhiri dengan pujian terhadap sambal hasil air tangan Khairul Aming dan pesanan yang berbunyi, “Siapa yang berusaha, dia dapat hasilnya,”.

“And yes, Sambal Nyet Berapi dia sedap dan berkualiti!”

Nur Syahirah Yaakub
Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming
Sumber : FB Nur Syahirah Yaakub

Hebat betul penangan Khairul Aming ni. Anda sempat tak beli Sambal Nyet Berapi? Kalau ada yang sempat beli, nyatakan komen dan pendapat anda tentang sambal tersebut di ruangan komen ya!

Minat memasak dan meniaga? Baca juga artikel yang telah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengasas Tesla Dan SpaceX, Elon Musk Muncul Sebagai Individu Terkaya Di Dunia
Next Article Bom Petrol Dipercayai Buatan Sendiri, Dilempar Ke Pejabat KWSP Miri Bom Petrol Dipercayai Buatan Sendiri, Dilempar Ke Pejabat KWSP Miri

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?