• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sambutan Hari Gawai Hanya 1 Hari, Mengabang Tidak Dibenarkan

Oleh
Husna Hazmi
20 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Berikut adalah SOP sambutan perayaan Gawai di Sarawak.

Sambutan Hari Gawai Hanya 1 Hari, Mengabang Tidak Dibenarkan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengeluarkan garis panduan SOP Hari Gawai yang telah diluluskan dan akan dikeluarkan secara rasmi pada 21 Mei 2021 oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) melalui laman web rasmi.

Isi Isi Penting
  • Berikut adalah SOP sambutan perayaan Gawai di Sarawak.
  • Upacara Miring kawasan PKPB:
  • Upacara Miring kawasan PKPD:
  • Sambutan Pra- Gawai di kawasan PKPB:
  • Sambutan Hari Gawai di kawasan PKPB:
  • Sambutan Gawai dan Pra Gawai di Kawasan PKPD:

Berikut adalah garis panduan yang telah diluluskan oleh JPBNS, UNIFOR dan MAIS.

Sambutan Hari Gawai Hanya 1 Hari, Mengabang Tidak Dibenarkan
Sambutan Hari Gawai Hanya 1 Hari, Mengabang Tidak Dibenarkan

Upacara Miring kawasan PKPB:

  • Hendaklah diadakan di suatu tempat atau ‘ruai’ yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK).
  • Kehadiran adalah dihadkan untuk 20 orang sahaja terdiri daripada pengurus dan pengendali upacara ‘miring’.
  •  Penghantaran piring ke ‘Tiang Pengingat’ (Memorial Pole) serta aktiviti di ‘Tiang Pengingat’ adalah dihadkan kepada 20 orang.
  • Pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter adalah diwajibkan
  • Individu yang mempunyai gejala demam, batuk atau selesema adalah dilarang untuk mengikuti upacara ‘Miring’.
  • Kehadiran hendaklah direkodkan menggunakan applikasi MySejahtera ataupun dengan merekod ke dalam Buku Kehadiran.

Upacara Miring kawasan PKPD:

  • Bagi kawasan PKPD pula, upacara Miring adalah tidak dibenarkan.
Sambutan Hari Gawai Hanya 1 Hari, Mengabang Tidak Dibenarkan

Sambutan Pra- Gawai di kawasan PKPB:

  • Sambutan Pra-Gawai (Gawai Eve) pada 31 Mei 2021 adalah untuk keluarga serumah sahaja di rumah masing-masing atau sekiranya di Rumah Panjang keluarga sebilik sahaja di ‘bilik’ masing-masing.

Sambutan Hari Gawai di kawasan PKPB:

  • Sambutan Hari Gawai adalah untuk sehari sahaja iaitu 1 Jun 2021.
  • Aktiviti ‘Ngabang’ (menziarah) tidak dibenarkan.
  • Sambutan bersama keluarga serumah sahaja atau sekiranya di Rumah Panjang keluarga sebilik sahaja di ‘bilik’ masing-masing.

Sambutan Gawai dan Pra Gawai di Kawasan PKPD:

  • Sambutan dihadkan untuk keluarga serumah sahaja di rumah masing-masing atau sekiranya di Rumah Panjang keluarga sebilik sahaja di ‘bilik’ masing-masing.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article VIP Potong Barisan Vaksin OKU Di Kuching, Uggah Minta Maaf
Next Article Koronavirus Baharu Ditemui Di Sarawak, Melibatkan Transmisi Antara Haiwan Dan Manusia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?