• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sambutan Tahun Baru Cina Di Sarawak Hanya Boleh Disambut Pada Hari Pertama Bersama Keluarga Terdekat

Oleh
Husna Hazmi
14 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Arahan ini telah diluluskan oleh JPBNS.

Sambutan Tahun Baru Cina Di Sarawak Hanya Boleh Disambut Pada Hari Pertama Bersama Keluarga Terdekat. Dipetik daripada Utusan Borneo, Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak adalah dibenarkan pada hari pertama sahaja untuk ahli keluarga terdekat, dengan had bilangan pengujung dalam sesuatu masa adalah 50 peratus kapasiti mengikut saiz rumah dan pekarangan rumah dengan penjarakan fizikal (1 meter).

Sambutan Tahun Baru Cina Di Sarawak Hanya Boleh Disambut Pada Hari Pertama Bersama Keluarga Terdekat
Sambutan Tahun Baru Cina Di Sarawak Hanya Boleh Disambut Pada Hari Pertama Bersama Keluarga Terdekat. Gambar sekadar hiasan

Makan malam ambang Tahun Baharu Cina dan sambutan Chap Goh Mei

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), makan malam ambang Tahun Baharu Cina dan sambutan Chap Goh Mei juga hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Bagi makan malam ambang Tahun Baharu Cina, bilangan ahli keluarga dalam tempat kediaman adalah 50 peratus kapasiti mengikut saiz rumah dan pekarangan rumah. 

“Family reunion di hotel atau restoran untuk sambutan Chinese New Year Eve dibenarkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya menerusi kenyataan semalam. 

Sambutan Tahun Baru Cina Di Sarawak Hanya Boleh Disambut Pada Hari Pertama Bersama Keluarga Terdekat
Gambar sekadar hiasan

Garis panduan bagi sambutan Tahun Baru Cina

Tambahnya lagi, garis panduan bagi sambutan Tahun Baru Cina yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah diluluskan oleh JPBNS boleh didapati di laman sesawang https://sarawakdisastermc.com.

JPBNS juga turut menjelaskan bahawa bagi upacara sembahyang di rumah-rumah ibadat, orang ramai wajib mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh JPBNS oleh pihak UNIFOR.

“Sementara itu bagi bazar Tahun Baharu Cina wajib mematuhi SOP-SOP berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dikemas kini pada 6 Januari 2022,” tegasnya. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Diperlukan Lagi, Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 Tidak Perlu Kuarantin Wajib Tidak Diperlukan Lagi, Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 Tidak Perlu Kuarantin Wajib
Next Article Hujan Lebat Berterusan Sehingga 15 Januari, 8 Lagi Kawasan Di Sarawak Terjejas Hujan Lebat Berterusan Sehingga 15 Januari, 8 Lagi Kawasan Di Sarawak Terjejas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?