• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
24 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen

Lain macam betul kat Sabah ni🤭 Hebat betul!

Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen. Seorang pemandu penghantaran makanan, Foodpanda telah menarik perhatian netizen di media sosial setelah berjaya menghantar pesanan makanan ke Puncak Kinabalu, Sabah.

Puncak Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter di atas paras laut. Kisah ini menjadi tular apabila pelanggan dengan nama Meewa atau Amirah sebagai pemegang akaun telah memuat naik video abang Foodpanda dengan pakaian seragam Foodpanda di puncak Kinabalu di laman Tiktok.

Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen
Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen. Sumber: Tiktok @aameewa

Abang Foodpanda hantar McDonald ke puncak Kinabalu dari Tawau, Sabah

Kongsian video tersebut, Amirah mengucapkan terima kasih kepada abang Foodpanda kerana berjaya menghantar pesanan makanan ke destinasi yang sangat mencabar di dalam kapsyen beliau.

Dalam video itu juga kelihatan abang Foodpanda tersebut bejalan turun dengan pantas setelah menghantar pesanan McD kepada pelanggannya.

Lihat video di bawah:

@aameewa

Laju lg dia lari. Kasi fyp ba smpai jumpa owner nt ak belanja starbucks bilang 🤣👍🏻

♬ Funny Song – Cavendish Music

Susulan video tersebut, Amirah turut menyertakan di ruangan kapsyen untuk mencari pemandu penghantaran makanan tersebut untuk membalas jasa beliau. Setelah video tersebut tular, beliau akhirnya menemukan abang Foodpanda tersebut dan memberikan beliau air Starbucks.

Kongsian video tersebut telah menarik perhatian netizen sekaligus membuat netizen kagum akan keberanian abang Foodpanda tersebut.

Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen
Sumber: Tiktok @aameewa

Kisah ini telah memperlihatkan kecekapan dan ketangkasan abang Foodpanda dalam menghantar pesanan makanan ke kawasan yang sangat mencabar. Tindakan ini telah menjadi inspirasi kepada ramai orang dan menjadi bukti bahawa tidak ada cabaran yang tidak mampu diatasi apabila seseorang mempunyai tekad dan semangat yang kuat.

Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen
Sumber: Tiktok @aameewa

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah:

Tular Aedy Ashraf Buat Penggambaran Di Batu Kawa, Peminat Kongsi Rasa Teruja
Hanya Indah Dalam Gambar, Perhentian Bas Di Jalan Bau-Lundu Rupanya Jadi Port Buang Sampah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guna Beg Songket Sarawak Bentang Belanjawan, 'Cita Rasa' Anwar Ibrahim Dipuji Netizen Guna Beg Songket Sarawak Bentang Belanjawan, ‘Cita Rasa’ Anwar Ibrahim Dipuji Netizen
Next Article Didakwa Pendapatan Cecah RM360k Sebulan, YouTuber Terkenal Malaysia Sangkal Fakta Ini Didakwa Pendapatan Cecah RM360k Sebulan, YouTuber Terkenal Malaysia Sangkal Fakta Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?