Pembuka selera untuk sarapan
Sarapan Ala Kampung, Kena Cuba Telur Goyang Dan Bubur Ayam Di ‘Ketumbar Kafe’ Kuching. Bercakap sahaja tentang sarapan di awal pagi, ramai yang gemar untuk skip breakfast kerana ada segelintir yang lebih gemar makan tengah hari kerana selera makan lebih kick waktu itu.
Bukan apa, untuk menghayati makanan sarapan di awal pagi memerlukan kudrat dan selera yang tinggi untuk menyantap sebelum menuju ke tempat kerja.
Pendek cerita, bagi anda yang inginkan hidangan sarapan ala kampung untuk membuka selera awal pagi bolehlah kunjungi Ketumbar Kafe yang terletak di Jalan Semariang, Kuching.

Hidangan sarapan laku keras
Restoran ini boleh dikatakan sebagai lokasi ‘hidden gem‘ di Kuching kerana terletak di kawasan yang agak tersembunyi dan semua hidangan di sana laku keras kerana menghidangkan menu yang istimewa.
Antara menu yang wajib anda cuba jika sampai di sini adalah bubur ayam dan garlic bread telur goyang yang pasti akan menjadi pelengkap sarapan anda.
Apa lagi hidangan menarik yang dihidangkan di sini? Haa selain bubur ayam dan garlic bread telur, antara menu sarapan yang anda kena cuba juga adalah nasi lemak, roti kawin dan ada juga hidangan lauk untuk makan tengah hari.

Apa lagi, jom lah singgah Ketumbar Kafe. Ajak keluarga atau rakan-rakan anda untuk sarapan dan makan tengah hari di sini.
Ketumbar Kafe
Lokasi: Ketumbar Kafe, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu beroperasi: 8 pagi hingga 3 petang
