• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Festival Pertanian Terbesar, Sarawak Agrofest 2025 Bakal Diadakan Di Bintulu

Oleh
Nazihah AN
21 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Festival Pertanian Terbesar, Sarawak Agrofest 2025 Bakal Diadakan Di Bintulu

Festival Pertanian Terbesar Sarawak Kembali Ogos Ini

Festival Pertanian Terbesar, Sarawak Agrofest 2025 Bakal Diadakan Di Bintulu. Sarawak Agrofest 2025 (SAF2025) bakal kembali dengan lebih besar dan berimpak, berlangsung pada 22 hingga 31 Ogos ini bertempat di tapak bekas lapangan terbang Bintulu. Menampilkan tema futuristik, festival ini menjanjikan pengalaman inovatif yang memfokuskan kepada teknologi pintar dalam sektor pertanian.

Festival Pertanian Terbesar, Sarawak Agrofest 2025 Bakal Diadakan Di Bintulu

600,000 pengunjung dijangka hadir, jualan disasarkan RM6 juta

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menjangkakan kehadiran lebih 600,000 pengunjung ke acara ini yang dijadikan medan mempamerkan keupayaan pertanian Sarawak.

Lebih menarik, beliau menyasarkan nilai jualan sebanyak RM6 juta, iaitu peningkatan 20% berbanding RM5 juta pada tahun lepas.

“Tahun ini, kami membawa tema ‘Perindustrian Sektor Agro Melalui Teknologi Pintar’ yang menekankan peranan transformasi inovasi dalam menjana produktiviti, kelestarian dan pertumbuhan,” katanya dalam sidang media di Kompleks DUN Sarawak semalam.

Teknologi pintar jadi tulang belakang – IoT, automasi dan analitik data

Menurut Dr Rundi, antara teknologi utama yang akan diketengahkan termasuklah pertanian tepat (precision farming), automasi, Internet Kebendaan (IoT) dan analitik data.

Ini akan membantu memodenkan amalan tradisional, memperkasa agropreneur muda serta meletakkan sektor pertanian sebagai pemacu utama ekonomi negeri.

Majlis perasmian oleh Premier Sarawak

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah dijemput untuk merasmikan majlis pembukaan SAF2025 pada 23 Ogos 2025.

Selain daripada acara utama di Bintulu, beberapa mini agrofest juga sedang dianjurkan sebagai ‘pemanas badan’ menuju SAF2025. Antara yang telah dan akan berlangsung termasuk:

  • Limbang & Pakan – telah berlangsung
  • Serian – 23 hingga 25 Mei
  • Spaoh – 25 hingga 27 Julai
  • Selangau – 1 hingga 3 Ogos
  • Subis – 8 hingga 10 Ogos

Bukan sekadar festival – satu gerakan ke arah pertanian moden

SAF2025 bukan sekadar festival pertanian tahunan, tetapi turut dilihat sebagai platform transformasi industri agro Sarawak ke era digital. Penyertaan pelbagai pihak dari sektor awam, swasta dan komuniti dijangka menyuntik lebih banyak peluang kerjasama, inovasi dan pertumbuhan ekonomi luar bandar.

Dengan penyertaan yang meluas serta penerapan teknologi moden, SAF2025 bakal menjadi satu mercu tanda baharu dalam landskap pembangunan pertanian negeri Sarawak.

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Rogol Kenalan Media Sosial Di Matang, Remaja 19 Tahun Dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Next Article Penduduk Berpendapatan Rendah Di Sarawak Terima Bantuan Kewangan Dalam 4 Bulan Penduduk Berpendapatan Rendah Di Sarawak Terima Bantuan Kewangan Dalam 4 Bulan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?