• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Belum Terima RM100 Juta Dijanji PM, Sarawak Baik Pulih Sekolah Dan Klinik Guna Dana Sendiri

Oleh
Aina Musa
15 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Belum Terima RM100 Juta Dijanji PM, Sarawak Baik Pulih Sekolah Dan Klinik Guna Dana Sendiri

Sarawak teruskan baik pulih sekolah, klinik daif guna dana sendiri

Belum Terima RM100 Juta Dijanji PM, Sarawak Baik Pulih Sekolah Dan Klinik Guna Dana Sendiri. Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bayaran balik dana yang diperuntukkan oleh negeri itu untuk menyegerakan baik pulih dan naik taraf sekolah serta klinik daif, kata Timbalan Premier Dr Sim Kui Hian.

Dr Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, berkata kerajaan negeri bagaimanapun akan meneruskan projek-projek tersebut menggunakan dana sendiri.

Belum Terima RM100 Juta Dijanji PM, Sarawak Baik Pulih Sekolah Dan Klinik Guna Dana Sendiri. Sumber: FMT

“Kita belum terima apa-apa lagi, tetapi kita tidak akan menunggu. Kita akan merancang (projek) dengan dana yang diperuntukkan oleh Premier. Tentang janji Perdana Menteri (itu), kita akan terus ikuti perkembangannya, itu sahaja boleh saya katakan,” katanya di Kuching.

Sebelum ini, pada 22 Jun lalu, Premier Sarawak Abang Johari Openg mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menyegerakan baik pulih dan naik taraf sekolah dan klinik daif di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, Sarawak akan mendahulukan pembiayaan projek-projek itu dan kemudian dibayar balik oleh kerajaan persekutuan.

Pada majlis yang sama, Anwar juga berkata beliau akan mengarahkan Kementerian Kewangan segera mengeluarkan RM100 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Sarawak dengan kerajaan persekutuan untuk menyegerakan projek-projek tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/riuh-oha-padang-merdeka-kuching/
Dua Lelaki Afrika Tular Bawa Lagu Bekikis Bulu Betis Curi Perhatian Netizen Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article King Myvi Memandu Secara Terbalik Cetus Kebimbangan Netizen
Next Article Premier Sarawak Abang Johari Dikurniakan Anugerah Bintang Darjah Setia Oleh Sultan Brunei Premier Sarawak Abang Johari Dikurniakan Anugerah Bintang Darjah Setia Oleh Sultan Brunei

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?