Sarawak Bakal Gegar Dengan Festival Koir Antarabangsa, Siap Ada Pasukan Dari Jerman
Sarawak Bakal Anjur Festival Koir Antarabangsa, Libatkan Peserta Dari 9 Negara. Mark your calendars! Dari 13 hingga 15 Jun ini, Sarawak bakal jadi tuan rumah untuk edisi kedua Sarawak International Choral Festival & Symposium (SICFest & SICSym) yang akan berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC).
Acara ni bukan kaleng-kaleng ya, sebab ia menghimpunkan lebih 600 peserta dari 9 buah negara termasuk Jerman, Indonesia, Singapura dan Austria. Memang confirm meriah.

Gambar ilustrasi.
Siapa Di Sebalik Tabir?
Penganjuran kali ini digerakkan oleh Kuching Choral Society (KCS) bersama Young Choral Academy (YCA). Mereka turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) serta Business Events Sarawak (BESarawak).
Objektifnya? Nak letakkan Sarawak di peta dunia sebagai hub muzik dan budaya serantau!
Apa Yang Best?
Antara highlight paling padu:
- 20 pasukan koir akan bersaing dalam kategori seperti Koir Kanak-Kanak, Remaja, Suara Campuran, Muzik Rakyat dan Muzik Sacred.
- Hadiah utama Grand Prix: USD2,500! Siapa menang setiap kategori akan mara ke pusingan akhir merebut Premier Cup.
- Konduktor berkelas dunia dari Germany, Malaysia, Austria & Indonesia akan buat bengkel eksklusif di Borneo Cultures Museum.
- Ada juga teaser performance kat mall-mall popular seperti The Spring, Plaza Merdeka dan Vivacity Megamall. Free show guys, jangan lepaskan!
Koir Dari Berlin Akan Buat Persembahan Khas
Festival Director, Benedict Lo Jin Chi, umumkan satu kejutan manis: pasukan koir kanak-kanak tersohor Kinderchor der Staatsoper Unter den Linden dari Berlin akan buat persembahan penutup. Mereka juga akan join Grand Prix sebagai jemputan khas.
Nak lagi rare? Sarawak sendiri akan tubuhkan Koir Kanak-Kanak Sarawak khas untuk festival ni — pelajar-pelajar dari sekolah sekitar Kuching akan perform bersama pasukan dari Jerman. Cultural exchange level international!
Tiket Murah, Pengalaman Mahal
Harga tiket? Serendah RM30 je untuk satu acara. Kalau nak all-access pass, boleh grab festival pass yang cover empat acara utama.
Nak beli tiket atau join bengkel? Boleh dapatkan melalui laman rasmi festival atau cloudjoi.com. Promosi pun tengah jalan di media sosial — cepat before sold out!
Menteri Sarawak Pun Turun Padang
Menteri MTCP, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, tekan pentingnya hospitaliti tip-top untuk peserta luar negara. Siap cadang peserta dibawa lawat ke tempat best di Sarawak seperti Bako, Semenggoh & Sarawak Cultural Village.
Beliau juga galakkan penganjur buka ruang kepada sekolah dan orang ramai, dengan tiket percuma atau jemputan khas. Katanya, “Kalau nak venue penuh, jangan bergantung pada jualan tiket je. Kita boleh bantu dari segi dana.”
Big Picture: Sarawak Performing Arts Centre
Dato Sri Abdul Karim juga harap SICFest & SICSym 2025 dapat jadi batu loncatan untuk acara seni berskala lebih besar bila Sarawak Performing Arts Centre siap sepenuhnya hujung 2026 nanti.
Kalau korang minat muzik, seni, atau sekadar nak chill dengan vibe international, SICFest & SICSym 2025 memang tak boleh miss.

