• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bakal Memiliki Syarikat Penerbangan Butik Jika Diberi Mandat Semula – Abang Jo

Oleh
ILB - AI
30 November 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Sarawak Bakal Memiliki Syarikat Penerbangan Butik Jika Diberi Mandat Semula - Abang Jo

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik

Sarawak Bakal Memiliki Syarikat Penerbangan Butik Jika Diberi Mandat Semula – Abang Jo. Dilaporkan bahawa kerajaan GPS sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik di bawah Hornbill Skyways untuk mengembangkan sektor pengangkutan Sarawak yang dilihat sebagai enjin pertumbuhan penting bagi ekonomi negeri terumanya di bandar-bandar kecil.

Sarawak Bakal Memiliki Syarikat Penerbangan Butik Jika Diberi Mandat Semula - Abang Jo
Sarawak Bakal Memiliki Syarikat Penerbangan Butik Jika Diberi Mandat Semula – Abang Jo

Ketua Menteri Sarawak berjanji untuk menjadikan syarikat penerbangan butik ini menjadi realiti

Menurut laporan, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjanji untuk menjadikan syarikat penerbangan butik berkenaan satu realiti sekiranya GPS diberi mandat baharu dan kukuh di pilihan raya Sarawak ke-12 yang bakal berlangsung pada 18 Disember ini.

Sarawak Bakal Memiliki Syarikat Penerbangan Butik Jika Diberi Mandat Semula - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari, ketika di majlis pecah tanah Lapangan Terbang Landasan Pendek Bebuling hari ini. Kredit foto: Sarawak Update

Beliau berkata idea terbabit adalah untuk menyediakan kemudahan ketibaan-ke-destinasi kepada pelancong untuk penerbangan jarak pendek dan ekonomi tanpa perlu menggunakan kemudahan transit, masa menunggu yang lama dan pelbagai kesulitan lain.

Katanya lagi, Hornbill Skyways boleh menubuhkan commercial wing dan memajak pesawat untuk memberi tumpuan dan menyambung ke hab strategik seperti Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Bangkok dan juga ke Hong Kong. Hornbill Skyways merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa pesawat serantau yang beroperasi di pekan dan kawasan luar bandar di Sarawak.

“Ini bukan janji kosong kerana saya sudah mengira kos dan (prospek) model (operasi) yang tidak akan membebankan negeri,”

ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, beliau berasa Sarawak memerlukan syarikat penerbangan kecil sendiri, mungkin dengan kapasiti pesawat antara 100 hingga 120 penumpang agar penduduk tidak perlu bergantung kepada orang lain. Tambahnya lagi, operasi terbabit tidak semestinya operasi yang besar.

“Pelancong lebih suka perjalanan dari titik ke titik tanpa transit. Seperti pelancong dari Hong Kong yang ingin datang ke Sarawak dan perlu transit melalui KL, mereka perlu mengisi dua borang yang terlalu menyusahkan,”

katanya lagi.

Lapangan Terbang Bebuling, Spaoh, membuka jalan untuk lapangan terbang butik lain

Dengan selesainya majlis pecah tanah lapangan terbang landasan pendek Bebuling di Spaoh, ia bakal membuka jalan untuk lapangan terbang butik lain.

Sarawak Bakal Memiliki Syarikat Penerbangan Butik Jika Diberi Mandat Semula - Abang Jo
Kredit foto: Suara Sarawak

Ketika ditanya mengenai kemampanan lapangan terbang butik, beliau menyatakan bahawa Sarawak boleh meningkatkan permintaan tanpa membebankan operasi dengan memajak pesawat mengikut permintaan masa depan. Menurutnya lagi, infrastruktur pengangkutan ini akan meningkatkan mobiliti dan kesalinghubungan serta meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Berdasarkan katanya, perkara ini dapat menambah baik pengangkutan kargo udara untuk industri pertanian dan pengeluaran makanan serta sektor pelancongan yang “semuanya akan memberi manfaat kepada ekonomi kita dan memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat.”

Mengenai pembiayaan, beliau menambah bahawa wang dapat dicari menerusi pengenaan Cukai Jualan Negeri (SST untuk produk petroleum) dan strategi lain.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, kerajaan telah meningkatkan hasil negeri sebanyak RM7 bilion tambahan yang telah dan akan terus diguna semula untuk membawa pembangunan ke Sarawak dan mengangkat masyakarat,”

ujarnya lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bertindak Untuk Mencuri Barangan Bernilai RM 2K, Seorang Lelaki Dijatuhi Hukuman 2 Bulan Di Miri Bertindak Untuk Mencuri Barangan Bernilai RM 2K, Seorang Lelaki Dijatuhi Hukuman 2 Bulan Di Miri
Next Article Ingin Membuang Barang Dari Rumah Tapi Tiada Siapa Sudi Membeli? Sumbangkan Kepada Group FB Ini Ingin Membuang Barang Dari Rumah Tapi Tiada Siapa Sudi Membeli? Sumbangkan Kepada Group FB Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?