• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Mungkin Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Oleh
Farisha
22 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak mungkin menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA 2027

Sarawak Mungkin Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027. Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memberi ‘hint’ mengenai Sarawak kemungkinan akan menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA pada tahun 2027 kelak.

Menurut laporan, beliau mengungkapkan perkara tersebut semasa memberi ucapan sempena Lan Berambeh Anak Sarawak di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, semalam.

Sarawak Mungkin Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027. Sumber: borneopost

“Mungkin, barangkali pada tahun 2026 atau 2027, kami telah diberi petunjuk oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bahawa Sarawak berkemungkinan dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2027.

“Jadi sekarang kami menyediakan kemudahan untuk kami memberi tempat kepada sukan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Ada yang menanyakan mengenai prospek membangunkan sukan bermotor di Sarawak

Bagaimanapun, menjawab mengenai prospek membangunkan sukan bermotor di Sarawak, Abang Johari berkata beliau mengakui minat yang semakin meningkat dalam sukan bermotor, terutamanya dalam kalangan belia dan keperluan untuk menyediakan kemudahan dan peluang bagi memupuk minat itu.

Penubuhan litar perlumbaan motorsport di Sibu

Bahkan, peserta turut bertanya mengenai penubuhan litar perlumbaan motorsport di Sibu, yang sudah lama dinantikan oleh peminat di sana.

“Hanya dua hari yang lalu, kami menandatangani satu MoU dengan Sunway, yang sedang membangunkan kawasan Sunway di Sibu. Dengan pengalaman mereka, dan apabila Perancangan Bandar Sibu selesai, kami akan meletakkan litar motor untuk Sibu,” katanya yang menjawab soalan daripada peserta di MITEC.

Untuk makluman, sebelum ini, laporan mengatakan bahawa Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA pada 2027, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Namun, Sarawak berkemungkinan terpilih menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 kelak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sarawak ‘Pasang Impian’ Mahu Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Kebanggaan Borneo, Ini Senarai Atlet Sarawak Dan Sabah Yang Mewakili Malaysia Ke Sukan SEA 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Inspirasi Netizen, Lelaki Dari Sarawak Ini Bakal Langsaikan Hutang RM1.2 Juta Tidak Lama Lagi
Next Article Meriah Bersama Keluarga, Ini Senarai Acara Menarik Bulan Oktober Di Kuching Meriah Bersama Keluarga, Ini Senarai Acara Menarik Bulan Oktober Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?