• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Report Dedah Identiti Datuk Terlibat Projek RM 800 Juta Dirahsiakan Kerana Campur Tangan Politik

Oleh
ILB - AI
10 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Dua Datuk tersebut direman selama 2 hari.

Sarawak Report Dedah Identiti Datuk Terlibat Projek RM 800 Juta Dirahsiakan Kerana Campur Tangan Politik. Baru-baru ini, satu Malaysia telah gempar dengan penahanan dua orang pengarah syarikat di Sarawak yang berpangkat Datuk oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isi Isi Penting
  • Dua Datuk tersebut direman selama 2 hari.
  • Pengarah syarikat gergasi Sarawak terlibat
  • Tuntutan untuk rahsiakan identiti daripada ahli politik
  • Artikel berkaitan :

Penahanan tersebut didakwa berpunca daripada tuduhan rasuah yang melibatkan projek pembinaan jalan Jiwa Murni yang bernilai RM 800 juta.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang nama disebut atau wajah menunjukkan siapakah Datuk tersebut walaupun pihak mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan yang menuntut untuk merahsiakan identiti. Malah, pihak berkuasa sendiri juga mengesahkan identiti dua pengarah syarikat berkenaan.

Sarawak Report Dedah Identiti Datuk Terlibat Projek RM 800 Juta Dirahsiakan Kerana Campur Tangan Politik
Sarawak Report Dedah Identiti Datuk Terlibat Projek RM 800 Juta Dirahsiakan Kerana Campur Tangan Politik
Foto : BERNAMA

Pengarah syarikat gergasi Sarawak terlibat

Melalui laporan Sarawak Report, 2 nama yang disebut-sebut tular dalam kalangan ahli media yang hadir di mahkamah kelmarin merupakan orang penting syarikat besar di Sarawak.

Kedua-dua pengarah tersebut berusia 44 tahun dan merupakan rakan kongsi syarikat yang menerima tender secara terus dan bukan secara terbuka. Projek tersebut merupakan Projek Jiwa Murni yang diserahkan daripada Kementerian Pertahanan sekitar tahun 2010 hingga 2016.

Tuntutan untuk rahsiakan identiti daripada ahli politik

Laporan tersebut turut mendakwa bahawa identiti Datuk ini dirahsiakan berkemungkinan atas campur tangan ahli politik bagi mengelakkan kes perbicaraan menjadi tumpuan orang awam. Selain itu, dua pengarah syarikat ini juga dikaitkan sebagai kroni dan penerima manfaat rangkaian perniagaan bekas pemimpin tertinggi Sarawak.

Sehingga kini, kedua-dua Datuk tersebut direman selama dua hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

Untuk laporan penuh, baca pautan artikel Sarawak Report di sini.

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PUBG Disekat Di India, Kemudian Hasilkan Pengganti Iaitu PABJE PUBG Disekat Di India, Kemudian Hasilkan Pengganti Iaitu PABJE
Next Article Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?