• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Sasar Hantar 10 Pelajar Terbaik ke Universiti Cambridge Setiap Tahun

Oleh
Nazihah AN
1 Mei 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Sasar Hantar 10 Pelajar Terbaik ke Universiti Cambridge Setiap Tahun

Pelajar Cemerlang Sarawak Bakal Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Cambridge, Oxford dan Harvard

Sarawak Sasar Hantar 10 Pelajar Terbaik ke Universiti Cambridge Setiap Tahun. Dalam usaha melonjakkan pencapaian pendidikan anak-anak Sarawak, kerajaan negeri kini sedang berbincang secara aktif dengan Universiti Cambridge untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 tempat setiap tahun khas untuk pelajar cemerlang dari sekolah antarabangsa milik negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar Sarawak yang berprestasi tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan terkemuka dunia.

“Kita menghantar pelajar ke sekolah antarabangsa, jadi mereka yang cemerlang dalam peperiksaan seharusnya berpeluang menyambung pelajaran ke institusi ternama,” jelasnya dalam satu laporan oleh media tempatan.

Bukan Cambridge Sahaja, Oxford dan Harvard Juga Dalam Radar

Menurut Abang Johari, selain Cambridge, kerajaan Sarawak turut meneroka peluang ke universiti terkenal lain seperti Oxford, Harvard dan London School of Economics (LSE). Perkara itu diumumkan ketika sidang media selepas menandatangani kontrak strategik antara Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) dan Cambridge University Press & Assessment (CUPA) di United Kingdom pada 30 April.

Beliau turut menjelaskan bahawa tumpuan biasiswa akan diberikan kepada bidang strategik dan berimpak tinggi yang dikenal pasti oleh kerajaan negeri melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD).

Bangunkan Bakat Bertaraf Dunia

“Langkah ini penting untuk membina kumpulan bakat berkualiti tinggi yang mampu bersaing di peringkat global dan memacu agenda ekonomi baharu Sarawak,” tambahnya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan pemimpin utama Sarawak termasuk Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri MEITD Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, serta beberapa timbalan menteri dan wakil dari Cambridge International Education Group.

SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Nafi Terlibat Kutipan Peratus Projek Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Nafi Terlibat Kutipan Peratus Projek
Next Article Lagi RM86K Diperlukan, Adik Fayyadh dari Sadong Jaya Perlukan Pembedahan Hati Kedua Segera Lagi RM86K Diperlukan, Adik Fayyadh dari Sadong Jaya Perlukan Pembedahan Hati Kedua Segera

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?