• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan

Oleh
Ismail NA
10 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Seramai 2 juta penduduk Sarawak disasarkan selesai terima vaksin COVID-19 pada Ogos tahun ini juga.

Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan. Vaksin COVID-19 yang bakal diterima pada penghujung Februari ini dijangka bakal diberikan secepat mungkin kepada penduduk di Sarawa. Demikian jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Isi Isi Penting
  • Seramai 2 juta penduduk Sarawak disasarkan selesai terima vaksin COVID-19 pada Ogos tahun ini juga.
  • Kerajaan negeri bersedia bantu dari segi tenaga logistik untuk pelaksana program
  • Program imunisasi kebangsaan bakal dijalankan secara 3 fasa sehingga Februari 2022
  • Sebelum ini, vaksin ini juga didapati tahan untuk dibawa ke pedalaman Sarawak. Baca selanjutnya di sini :

Beliau memberitahu pemberita hari ini bahawa kerajaan negeri menyasarkan untuk mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di Sarawak. Proses tersebut dijangka selesai pada bulan Ogos tahun ini berbanding pelan vaksinasi kebangsaan yang disasarkan lengkap pada Februari tahun depan.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari cara untuk mempercepatkan program vaksinasi untuk Sarawak apabila bekalan vaksin diterima pada penghujung bulan ini.

Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan
Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan

Kerajaan negeri bersedia bantu dari segi tenaga logistik untuk pelaksana program

Buat masa ini, bantuan yang dapat diberikan oleh kerajaan Sarawak ialah menyediakan bantuan logistik untuk pihak yang bertanggungjawab melaksanakan program tersebut.

Bagi memastikan sasaran program vaksinasi tersebut lengkap pada bulan Ogos, pihak kerajaan negeri akan berbincang dengan badan berkaitan yang terlibat dalam program tersebut tentang peranan dan perkara yang perlu dilakukan untuk mempercepatkan program.

Jelas Dr. Sim, Sarawak menyasarkan untuk memberi suntikan vaksinasi kepada sekurang-kurangnya 2 juta penduduk.

Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan
Dr. Sim Kui Hian.

Program imunisasi kebangsaan bakal dijalankan secara 3 fasa sehingga Februari 2022

Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyasarkan sebanyak 80% atau 26.5 juta penduduk di Malaysia diberi suntikan vaksin menjelang Februari 2022.

Program peringkat kebangsaan tersebut akan dilaksanakan secara 3 fasa; bermula dengan petugas barisan hadapan seramai 500,000 orang, diikuti golongan berisiko tinggi yang berusia melebihi 60 tahun dan golongan berisiko tinggi yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan orang kelainan upaya (OKU). Fasa terakhir akan bermula pada bulan Mei akan diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Bekalan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech diyakini 95% berkesan melawan vaksin COVID-19.

Sebelum ini, vaksin ini juga didapati tahan untuk dibawa ke pedalaman Sarawak. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 135 Kes Positif COVID-19 Baharu Dikesan Hari Ini Di Sarawak
Next Article Buka Premis Salon Ketika PKP Di Sibu, Pemilik Dikenakan Kompaun RM1,000

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?