• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Sedia Pinjamkan Atlet Untuk SUKMA

Oleh
Aina Musa
12 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Sedia Pinjamkan Atlet Untuk SUKMA

Sarawak sedia pinjamkan atlet negeri

Sarawak Sedia Pinjamkan Atlet Untuk SUKMA. Sarawak, tuan rumah SUKMA 2024, menawarkan untuk meminjamkan atletnya kepada negeri lain bagi mengatasi kekurangan penyertaan dalam temasya sukan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Awang Putra Yusrie, berkata 30 daripada 488 acara yang dipertandingkan berisiko digugurkan kerana tidak mencapai jumlah penyertaan minimum enam negeri.

Sarawak Sedia Pinjamkan Atlet Untuk SUKMA

“Kita (Sarawak) ada atlet pelapis, dan kita sedia tawarkan mereka,” kata Awang Putra. “Sebelum ini pun kita dah tawarkan beberapa atlet terjun kepada negeri lain dan pernah tawarkan pasukan futsal wanita dulu. Untuk sukan lain, sekiranya negeri lain perlukan atlet, kita memang bersedia pinjamkan.”

Beliau berkata atlet yang dipinjamkan boleh berlatih menggunakan kemudahan di Sarawak dan bersama atlet Sarawak.

“Sayang kita ada bakat, tapi kalau tak dapat atau terlepas beraksi di SUKMA, itu satu kerugian. Bakat mereka akan hilang. Tapi kalau ada permintaan untuk pinjam, kita memang akan membantu,” katanya.

Awang Putra berharap semua 488 acara dapat dikekalkan. Keputusan muktamad sama ada acara akan digugurkan atau tidak akan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal SUKMA Sarawak 2024 pada 18 Julai ini.

SUKMA 2024 akan mempertandingkan 37 jenis sukan dengan 488 acara, melibatkan 236 acara lelaki, 217 acara wanita, dan 35 acara campuran lelaki dan wanita. Sukan ini akan diadakan di sembilan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.

SUKMA, yang diperkenalkan pada 1986, telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016.

Baca lagi artikel menarik:

Kedah Mampu Bayar Sendiri, Sarawak Tolak Permintaan Bantuan Kos Sukma
Kedah Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Sukma 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar KVK Sabah Menang Anugerah Terbaik Mengenai Artikel Anti-Buli
Next Article Pemilik Salun Dari Kuching Terlepas Hukuman Penjara Gara-Gara Curi Bekalan Elektrik Pemilik Salun Dari Kuching Terlepas Hukuman Penjara Gara-Gara Curi Bekalan Elektrik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?