• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Sazah Ada Lipstick Tak’, Netizen Terhibur Gelagat Ustazah Muda Bersama Murid Tahun 2 Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
10 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular di TikTok, video ustazah mengajar kelas KAFA buat netizen terbahak

‘Sazah Ada Lipstick Tak’, Netizen Terhibur Gelagat Ustazah Muda Bersama Murid Tahun 2 Di Sarawak. Sebuah hantaran video di TikTok menarik perhatian ramai apabila seorang guru yang mesra disapa sebagai ustazah telah berkongsi telatah pelajarnya semasa berada di dalam kelas.

Dipercayai ustazah tersebut mengajar pelajaran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pelajar tahun dua, di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak.

Menurut video yang berdurasi satu minit itu, ustazah itu memaparkan perbualan bersama pelajar-pelajarnya yang berusia lapan tahun itu, sambil menyuruh pelajar menjalankan latihan di dalam kelas.

https://www.tiktok.com/@elhauraaa/video/7231028071153847557?_r=1&_t=8cC5Gh95X3x&social_sharing=v1

Soalan dan jawapan yang kelakar daripada pelajar

Bermacam-macam pertanyaan yang diajukan oleh pelajarnya kepadanya sehingga membuat netizen terbahak dengan soalan dan jawapan yang lucu itu.

“Ustazah ada bawa lipstick tak?,” ujar salah seorang anak muridnya yang membuat netizen geli hati kerana soalan yang diajukan itu.

Sazah Ada Lipstick Tak, Netizen Terhibur Gelagat Ustazah Muda Bersama Murid Tahun 2 Di Sarawak
Sumber: TikTok

“Banyak sangat tu ustazah, taknak tulis. Tangan kami ni letih nak tulis,” kata seorang lagi anak muridnya memberi alasan tidak mahu menulis latihannya, turut buat netizen terhibur.

Netizen ‘throwback’ zaman persekolahan

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan bahawa ustazah zaman sekarang muda dan baik, bukan tidak seperti zaman dahulu, ada yang garang dan ustazah yang tua sahaja.

Sazah Ada Lipstick Tak, Netizen Terhibur Gelagat Ustazah Muda Bersama Murid Tahun 2 Di Sarawak
Gambar hiasan. Sumber: Kosmo

Malah, segelintir turut mengimbas kembali dan merindui zaman persekolahan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga rindu untuk menghadiri kelas KAFA pada waktu petang.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pelajar Wajib Tahu, 5 Aktiviti Berguna Mengisi Cuti Semester Anda
Lebih 200 Guru ‘One-Off’ Tolak Tawaran Untuk Berkhidmat Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Flight Pulang KL Penuh, Gelagat Azhan Rani Naik 'Perauk Tambang' Cuit Hati Netizen Sarawak Flight Pulang KL Penuh, Gelagat Azhan Rani Naik ‘Perauk Tambang’ Cuit Hati Netizen Sarawak
Next Article Tarikh Ketibaan Prototaip ART Bakal Diumumkan Oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Pada Bulan Ini Tarikh Ketibaan Prototaip ART Bakal Diumumkan Oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Pada Bulan Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?