• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Scam Orang Atau Dikurung Tanpa Makanan, Lebih 50 Rakyat Malaysia Jadi Tahanan Sindiket Haram Di Kemboja

Oleh
Ismail NA
8 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerja mereka? Dipaksa untuk menjadi ‘scammer’.

Scam Orang Atau Dikurung Tanpa Makanan, Lebih 50 Rakyat Malaysia Jadi Tahanan Sindiket Haram Di Kemboja. Tahukah anda bahawa terdapat lebih 50 rakyat Malaysia menjadi tahanan paksa sindiket pekerjaan haram di rantau ASEAN, atau lebih spesifik di 4 buah negara iaitu di Kemboja, Myanmar,Vietnam dan Thailand.

Isi Isi Penting
  • Kerja mereka? Dipaksa untuk menjadi ‘scammer’.
  • Ditawar gaji sehingga 3,000 USD
  • ‘Tak dapat buat scam, kena kurung tanpa makan minum berhari-hari’ – Mangsa
  • Kenali jenis-jenis scam dan apa yang anda perlu buat jika anda terkena:

Perkara ini didedahkan oleh unit aduan dan perkhidmatan awam MCA. Ketua unit, Datuk Seri Michael Chong berkata pihaknya telah menerima sejumlah panggilan daripada mangsa dalam masa 2 bulan kebelakangan ini meminta bantuan untuk diselamatkan daripada tahanan sindiket tersebut.

Scam Orang Atau Dikurung Tanpa Makanan, Lebih 50 Rakyat Malaysia Jadi Tahanan Sindiket Haram Di Kemboja
Scam Orang Atau Dikurung Tanpa Makanan, Lebih 50 Rakyat Malaysia Jadi Tahanan Sindiket Haram Di Kemboja. Sumber foto: BERNAMA

Ditawar gaji sehingga 3,000 USD

Warganegara Malaysia yang terjebak dengan sindiket pekerjaan haram ini difahamkan terpedaya dengan tawaran gaji yang tinggi dengan bekerja sebagai telemarketer. Mereka dijanjikan dengan gaji sebanyak 3,000 USD sehingga 4,000 USD.

Setelah bersetuju dengan tawaran terbabit, mereka akan diterbangkan ke negara sindiket menggunakan pesawat atau melalui laluan darat yang haram.

‘Tak dapat buat scam, kena kurung tanpa makan minum berhari-hari’ – Mangsa

Bercakap dengan 2 orang mangsa lelaki yang enggan dinamakan di sidang media pada Khamis, mereka menceritakan bahawa mereka telah ditahan selama lebih kurang 2 hingga 6 bulan tanpa kerelaan.

Seramai 13 warga Malaysia termasuk 5 wanita berusia antara 17 hingga 36 tahun turut ditahan bersama mereka dipaksa untuk menjadi operator scam.

Scam Orang Atau Dikurung Tanpa Makanan, Lebih 50 Rakyat Malaysia Jadi Tahanan Sindiket Haram Di Kemboja
Gambar sekadar hiasan.

Bercerita lebih lanjut, mereka diarahkan untuk melakukan panggilan scam kepada pelanggan. Sekiranya mereka tidak dapat melakukannya, mereka akan dikurung di dalam sebuah bilik tanpa diberi makanan dan minuman selama beberapa hari.

Mangsa yang lain pula mendakwa bahawa mereka berada dalam kumpulan yang berasingan di mana terdapat kira-kira 50 orang warganegara Malaysia, termasuk seorang wanita di Kemboja.

Jelasnya lagi, mereka dipaksa untuk bekerja lebih daripada 15 jam sehari untuk menipu pelanggan dari seluruh dunia. Mereka mesti mengikuti segala arahan atau sebaliknya, mereka tidak akan mengetahui apa nasib mereka yang seterusnya.

Sementara itu, MCA kini sedang dalam bekerjasama dengan kedutaan negara terbabit dan Polis Diraja Malaysia untuk menyelamatkan mangsa berkenaan. Orang ramai juga diingatkan terutamanya golongan muda untuk tidak mudah terpedaya dengan gaji tinggi yang ditawarkan oleh sindiket.

Kenali jenis-jenis scam dan apa yang anda perlu buat jika anda terkena:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebar Video Bogel Teman Wanita Bawah Umur Dari Miri Di Instagram, Remaja Lelaki Ditahan Polis
Next Article Jambatan Kayu Papan 15 meter Bernilai RM50 Ribu Di Sarawak Jadi Bualan Netizen Jambatan Kayu Papan 15 meter Bernilai RM50 Ribu Di Sarawak Jadi Bualan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?