I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan

iloveborneo 26 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Jumlah Kerugian Yang Dicatatkan Setakat Ini Adalah RM1.1 Juta

Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan. Dalam kita mengharungi kesukaran akibat penularan wabak COVID19 muncul pula ramai penipu di atas talian yang mengambil kesempatan. Menurut pihak Polis Diraja Malaysia, setakat ini 393 kes penipuan membabitkan penjualan penutup mulut dan hidung dilaporkan kepada polis di seluruh negara dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) setakat ini dengan jumlah kerugian kira-kira RM1.1 juta.

Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan
Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan | Gambar hiasan

Pihak Polis Pandang Serius Perkara Ini

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor menerusi sebuah wawancara menerusi rancangan Malaysia Hari Ini berkata  pihaknya memandang serius aktiviti penipuan itu dan setakat ini, 26 individu ditahan dengan beberapa orang telah dituduh di mahkamah. 

“Ini satu penyakit, masih ada yang mengambil kesempatan untuk menipu masyarakat dalam situasi (wabak COVID-19) ini …pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,”

Datuk Mazlan Mansor

94 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu

Sementara itu, Mazlan berkata 94 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu berkaitan wabak COVID-19 di seluruh negara. 

“Ada enam kes telah dituduh di mahkamah manakala bakinya masih dalam siasatan. Polis menasihatkan orang ramai agar menggunakan media sosial dengan berhemah. 
“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu berhubung apa jua yang berlaku di negara ini,” katanya. 

Mengulas lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April ini, Mazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersiap sedia untuk melaksanakan perintah itu demi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

“Polis ada strategi tertentu dan saya harap masyarkat mematuhi peraturan yang digariskan dalam tempoh pelaksanaan PKP. Tindakan undang-undang (akan diambil) sekiranya gagal atau ingkar arahan,”

Guna Platform Sah Seperti Shopee, Lazada Untuk Pembelian

Bagi anda yang masih ingin mencari stok topeng di atas talian, anda boleh lihat di laman Shopee atau Lazada yang menjamin pembelian. Wang anda hanya akan dicaj apabila barang sudah sampai ke tangan anda. Elakkan untuk berinteraksi terus dengan individu individu yang cuba mengambil kesempatan dalam kesulitan.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Malaysia Catat 212 Kes Positif COVID19 Dan 4 Kematian Hari Ini TERKINI : Kematian Akibat COVID19 Kini 21 Orang, 2 Kes Terbaru Dalam 14 Jam
Next Article COVID19 : 4 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, PKP Mula Tunjukkan Impak Positif

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Ini Dedah Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di KFF
Cerita Borneo

‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival

13 Ogos 2022
Cerita Borneo

Guru Dari Sabah Ini Ambil Inisiatif Pelihara Pakaian Etnik Rinongkitan Berusia 100 Tahun

13 Ogos 2022
'Berpacukan' Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan
Cerita Borneo

‘Berpacukan’ Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan

13 Ogos 2022
Bacaan IPU Hingga 154, Keadaan Berjerebu Punca Sri Aman Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat
Cerita Borneo

Bacaan IPU Hingga 154, Keadaan Berjerebu Punca Sri Aman Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat

12 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?