• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching!

Oleh
Nazihah AN
27 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching!

Siapa penggemar putu mayang di sini?

Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching! Pernah dengar Putu Mayang atau Putu Mayam? Ianya adalah makanan tradisional India yang kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Singapura sebagai snek.

Hidangan ini sangat popular di kalangan masyarakat kita. Ianya merupakan makanan yang diperbuat dari tepung beras dan diolah halus dan panjang seperti bentuk mi lalu dihidangkan dengan kelapa parut atau gula melaka.

Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching!
Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching! Sumber gambar: FB Pak Abu – putu mayung 

Putu Mayang yang masih digemari ramai hingga sekarang!

Bagi penggemar putu mayang di Kuching, anda mesti kenal dengan Pak Abu atau nama sebenarnya Abu Bakar Rajab yang sudah beroperasi lama lebih dari 20 tahun dalam perniagaan Putu Mayang ini yang masih ‘laku keras’ sehingga kini.

Kalau dulu-dulu, anda boleh lihat lelaki ini mengenakan penutup kepala berwarna merah menaiki motosikal serta bekas khas di bahagian belakang untuk dia meletakkan putu mayang untuk dijual kepada pelanggannya.

Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching!
Sumber gambar: FB Pak Abu – putu mayung 

Anda kini boleh dapatkan di cawangan Pak Abu Putu Mayung

Sekarang, mungkin anda jarang melihat beliau berjaja di kawasan Kuching antaranya di India Street dan juga di Kubah. Jangan risau! Kini, Pak Abu telah meluaskan perniagaannya melalui beberapa cawangannya di beberapa tempat.

Anda boleh dapatkan Putu Mayang yang panas-panas di Mydin Vista Tunku, Emart Matang dan juga di Plaza Merdeka, Kuching.

Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching!
Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching! Sumber gambar: FB Pak Abu – putu mayung 
Pak Abu Putu Mayung

Lokasi: Mydin Vista Tunku, Emart Matang dan Plaza Merdeka, Kuching.
Waktu beroperasi: 10.00 pagi- 9.30 malam
No telefon: 014-694 6842

Sebut sahaja Canai Anjang, sesiapa yang bekerja di sekitar Satok confirm kenal dengan kedai ni. Katanya Roti Canai Tsunami antara menu laris yang menjadi santapan pengunjung di sekitar sini. Baca selanjutnya di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Kenderaan Plat Asing Isi Minyak RON95, Kali Ini Di Pusat Bandar Kuching
Next Article Pasaraya Di Kuching Dedah CCTV Sekumpulan Wanita Curi Susu Pasaraya Di Kuching Dedah CCTV Sekumpulan Wanita Curi Susu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?