Wanita gagal sertai PLKN, umur 27 tahun kena potong kaki disebabkan diabetes makan jajan sejak kecil
Sejak Kecil Suka Makan Jajan, Wanita Usia 29 Tahun Dah Takda Kaki Sebab Diabetes. Seorang wanita berusia 29 tahun terpaksa memotong kakinya akibat penyakit diabetes yang dialaminya, menurut laporan.
Difahamkan, wanita itu mengetahui penyakit tersebut selepas dipanggil menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejurus menamatkan persekolahan.
“Mula-mula dapat panggilan PLKN. Lepas tu saya pergi buat pemeriksaan doktor. Sebelum check-up PLKN, tak pernah tahu ada kencing manis.
“Jadi doktor tak sarankan saya pergi sebab dari segi pemakanan, ia tak ikut jam, lepas tu saya mungkin terlepas waktu makan ubat. Jadi doktor tak sarankan saya pergi.
“Doktor suruh mula dengan makan ubat dulu. Lepas tu kena cucuk insulin,” ujarnya menerusi video viral di TikTok.
Difahamkan faktor dari jajan yang dimakan sejak kecil
Selain punca keturunan, wanita itu menyatakan bahawa dia percaya mendapat penyakit itu kerana suka makan makanan tidak berkhasiat seperti jajan ketika zaman kecilnya.
“Mungkin terlalu banyak waktu sekolah dulu suka makan jajan. sejarah keturunan pun ada,” ujarnya lagi sambil duduk kerusi roda dan memakai kaki palsu.
Terharu dan gembira dapat tajaan kaki palsu
Susulan perkongsian video tersebut, wanita itu turut meluahkan rasa terharu, malah gembira selepas mendapat tajaan kaki palsu daripada badan amal PruBSN Prihatin.
Bukan itu sahaja, dipercayai pada awalnya, dia tidak yakin untuk memakai kaki palsu, namun lama-kelamaan semakin selesa dan gembira dengan perubahan diri dan kehidupannya.
“Rasa mula-mula tu macam tak yakin tapi bila dah cuba lama-lama tu, ada la rasa. Terima kasih banyak-banyak sebab mengharap sangat, dapat rasa gembira.
“Dua tahun terduduk (sejak dipotong kaki) macam ni. Bila dapat jalan balik tu, tak terkata perasaan macam mana,” ujarnya lagi menerusi sumber.
Netizen turut menasihatkan untuk jangan ambil gula bagi mengawal diabetes
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen membahaskan isu diabetes, bahkan memberi pesanan kepada masyarakat di luar sana untuk mengawal pengambilan gula kerana ia tidak baik untuk kesihatan.