• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Digelar Jesselton, Ini Ringkasan Sejarah Nama Kota Kinabalu Yang Perlu Anda Tahu

Oleh
Aina Musa
23 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pernah Digelar Jesselton, Ini Ringkasan Sejarah Nama Kota Kinabalu Yang Perlu Anda Tahu

Dari Jesselton ke Kota Kinabalu

Pernah Digelar Jesselton, Ini Ringkasan Sejarah Nama Kota Kinabalu Yang Perlu Anda Tahu. Nama-nama seperti Deasoka, Api-Api dan Jesselton mungkin tidak asing bagi lagi penduduk di negeri bawah bayu ini.

Tahukah anda apakah signifikan nama-nama tersebut kepada bandar raya ini dan penduduknya?

Pernah Digelar Jesselton, Ini Ringkasan Sejarah Nama Kota Kinabalu Yang Perlu Anda Tahu
Pernah Digelar Jesselton, Ini Ringkasan Sejarah Nama Kota Kinabalu Yang Perlu Anda Tahu. Kredit: Google

Pasti ramai yang tidak sedar bahawa nama-nama tersebut merupakan nama asal bagi Kota Kinabalu.

Berdasarkan sejarah, bandar Kota Kinabalu telah bermula lebih dari 100 tahun lalu, bermula dari sebuah perkampungan kecil dipanggil Deasoka, kemudian bertukar kepada Singgah Mata dan diikuti dengan Api-Api.

Bagaimanapun sejarah moden bandar raya ini bermula pada abad ke-19 apabila kerajaan British menerusi Syarikat Perdagangan British Borneo Utara (BNBCC) membuka pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Jesselton menggantikan pusat pentadbiran lama di Pulau Gaya.

Jesselton diambil dari nama Naib Pengerusi BNBCC, Sir Charles Jessel. Dalam tempoh singkat, Jesselton muncul sebagai pusat perdagangan utama di Borneo Utara khususnya dalam perdagangan getah, rotan, madu dan lilin.

Pernah Digelar Jesselton, Ini Ringkasan Sejarah Nama Kota Kinabalu Yang Perlu Anda Tahu

Jesselton kemudian ditukar nama kepada Kota Kinabalu pada 30 September 1967 dan dalam jangka masa 32 tahun, Kota Kinabalu atau lebih terkenal dengan panggilan KK telah melalui banyak transformasi sehingga menjadikannya pusat perkembangan ekonomi dan pentadbiran penting di rantau ini.

Menurut maklumat dari Arkib Negara Malaysia pula, Kota Kinabalu dinamakan sempena Gunung Kinabalu, yang terletak kira-kira 50 kilometer ke arah timur laut bandar yang menjadi mercu tanda negeri Sabah.

Untuk info, Kinabalu berasal daripada nama Aki Nabalu.

Aki bermaksud “datuk” dan Nabalu ialah nama untuk gunung dalam bahasa Dusun.

Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa istilah ini berasal daripada Ki Nabalu iaitu Ki bermaksud “ada” atau “wujud”, dan Nabalu bermaksud “semangat orang mati”.

Kota ialah perkataan Melayu untuk “kubu”, “pekan”, atau “bandar”. Perkataan Kota juga digunakan secara tidak rasmi untuk merujuk kepada mana-mana pekan atau bandar.

Nama Kota Kinabalu disyorkan supaya ia tidak tersilap dengan Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

Hari ini KK dapat dibahagikan kepada beberapa komponen utama iaitu KK lama yang terdiri dari Jalan Pantai dan Jalan Gaya, Segama, Sinsuran, Api-Api Centre, Asia City, Karamunsing, Kompleks SEDCO dan Bandaran Berjaya.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/ketahui-sejarah-ngeri-batu-sumpah-kimanis-sebuah-cerita-rakyat-di-sabah/
https://www.iloveborneo.my/sejarah-dan-konflik-pulau-layang-layang-sabah/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesta Seram Di Kuching, Ini 6 Senarai Acara Halloween Yang Seru Dan Mistik
Next Article Terputus Hubungan Jalan, Netizen Gesa Pihak Berwajib Percepat Kerja Pembaikan Jalan Di Buso Terputus Hubungan Jalan, Netizen Gesa Pihak Berwajib Percepat Kerja Pembaikan Jalan Di Buso

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?