• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sekolah Beroperasi Seperti Biasa Sepanjang Ramadan, Lihat Penjelasan KPM

Oleh
Nazihah AN
19 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Sekolah Beroperasi Seperti Biasa Sepanjang Ramadan, Lihat Penjelasan KPM

Sesi Petang Tamat Awal, Sesi Pagi Berjalan Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Sekolah Beroperasi Seperti Biasa Sepanjang Ramadan, Lihat Penjelasan KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kekeliruan berkenaan pengoperasian sekolah sepanjang bulan Ramadan.

KPM menegaskan bahawa sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sekolah Berjalan Seperti Sedia Kala, Tiada Perubahan Besar

KPM mengambil serius dakwaan tidak bertanggungjawab yang tersebar di media sosial mengenai perubahan dalam jadual persekolahan sepanjang Ramadan. Kenyataan rasmi ini mengesahkan bahawa Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan tetap akan beroperasi mengikut jadual seperti tahun lepas, berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022.

Bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan dan memberi ruang kepada pelajar serta guru beragama Islam menunaikan ibadah dengan lebih selesa, KPM telah menetapkan beberapa garis panduan waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadan.

Penyesuaian Waktu Persekolahan Sesi Petang

Khusus bagi sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam, sesi persekolahan akan ditamatkan lebih awal:

  • Di Semenanjung Malaysia: Sekolah sesi petang akan berakhir seawal jam 5.30 petang.
  • Di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan: Sekolah sesi petang akan tamat lebih awal pada jam 5.00 petang.

Manakala bagi sekolah sesi pagi, operasi akan berjalan seperti biasa tanpa sebarang perubahan waktu.

Arahan Kepada Pengarah dan Pentadbiran Sekolah

Sebagai langkah memastikan pematuhan terhadap garis panduan ini, KPM telah mengarahkan semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengingatkan para pengetua dan guru besar agar mematuhi Surat Siaran yang telah ditetapkan.

Dengan penjelasan ini, diharapkan tiada lagi kekeliruan mengenai jadual persekolahan sepanjang Ramadan. Para ibu bapa, guru, dan pelajar boleh meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa sambil menunaikan ibadah puasa dengan selesa.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Hanya Pegawai Kerajaan Layak Sahkan Salinan Sijil Dan Dokumen Asal, Ini Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Projek Bekalan Air Sabah Dipercepat, 300 Juta Liter Sehari Dijangka Siap Menjelang 2025
Next Article Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 Dilancarkan Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?