• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selalu Pamerkan Kemewahan Di Media Sosial, Datuk Seri Dan Isteri Disyaki Terlibat Dalam Scam Disiasat SPRM

Oleh
ILB - AI
5 Oktober 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Selalu Pamerkan Kemewahan Di Media Sosial, Datuk Seri Dan Isteri Disyaki Terlibat Dalam Scam Disiasat SPRM

Pasangan suami isteri ini sering berparti bersama beberapa selebriti popular

Selalu Pamerkan Kemewahan Di Media Sosial, Datuk Seri Dan Isteri Disyaki Terlibat Dalam Scam Disiasat SPRM. Baru-baru ini, Malaysia digemparkan sekali lagi dengan berita mengenai golongan T20 yang bermasalah. Jika mendengar perkataan ‘Macau Scam’, pasti ramai akan berfikir ianya kegiatan yang didalangi warga asing.

Isi Isi Penting
  • Pasangan suami isteri ini sering berparti bersama beberapa selebriti popular
  • Apakah ‘Macau Scam’?
  • 5 individu ditahan, termasuk tiga orang yang bergelar Datuk Seri, Datuk dan Datin
  • Identiti dirahsiakan, namun netizen telah bongkarkan identiti Datuk dan Datin terbabit

Walau bagaimanapun, siapa sangka bahawa scam ini rupa-rupanya didalangi warga tempatan Malaysia sendiri. Yang lebih mengejutkan adalah mereka yang terlibat bukan orang biasa, tetapi bergelaran Datuk Seri, Datuk dan Datin.

Apakah ‘Macau Scam’?

Menurut The Star, Macau Scam adalah sejenis penipuan yang dimulakan dengan panggilan telefon dari seseorang yang berpura-pura menjadi pegawai dari bank, agensi kerajaan atau pemungut hutang.

Menurut Astro Awani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenali pasti 4 cara beroperasi sindiket ini di mana mangsa diperdaya dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Sindiket ini beroperasi dengan 4 cara iaitu menawarkan cabuan bertuah, tipu culik, dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial, kata Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia KPN, Datuk Asmawati Ahmad.

5 individu ditahan, termasuk tiga orang yang bergelar Datuk Seri, Datuk dan Datin

Merujuk kembali ke berita terbaharu ini, lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan Macau Scam.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka sangat dikenali dalam kalangan selebriti tempatan dan mengamalkan kehidupan serba mewah. Manakala pasangan Datuk dan Datin tersebut sering berparti bersama selebriti popular dan sering mempamerkan kehidupan mewah di media sosial.

Menurut laporan, Datuk Seri terbabit dipercayai dalang judi dalam talian dan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. Duit hasil kegiatan haram itu kemudian ‘dicuci’ untuk menjalankan perniagaan rokok elektronik (vape) yang dikendali oleh selebriti yang telah dipanggil oleh SPRM di Putrajaya.

Suspek bergelar Datuk Seri itu dipercayai rakan niaga kepada selebriti berkenaan.

Kelima-lima suspek yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 wanita itu tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya Jumaat lepas pada pukul 3PM. Sebelum ini, SPRM telah memaklumkan bahawa suruhanjaya itu akan membawa kesemua suspek bagi mendapatkan perintah tahanan reman di mahkmah terbabit.

Identiti dirahsiakan, namun netizen telah bongkarkan identiti Datuk dan Datin terbabit

Walaupun nama mereka tidak didedahkan dalam laporan tersebut, beberapa netizen berusaha untuk mengenal pasti siapakah Datuk dan Datin yang dinyatakan itu. Buat masa ini, identiti suspek-suspek yang telah terbongkar itu menjadi spekulasi di media sosial.

Menerusi AF Viral Empire di Facebook, ia dipercayai bahawa pasangan suami isteri itu adalah Datuk Addy Kanna dan Datin Alya Suhaila. Malah, ia dipercayai bahawa mereka adalah boss besar sindiket ini.

Difahamkan juga, Datin ini sentiasa tunjuk kehidupan serba mewah menerusi media sosialnya.

Kredit: Forum – Cari

Manakala, dua orang yang juga terlibat adalah usahawan iaitu Babyanamoi dan Hafiz.HOV yang mengendali perniagaan minuman boba. Kedua-dua mereka ini dikatakan telah membeli 5 kedai untuk menjalankan perniagaan mereka dan ‘bersara’ dalam masa kurang satu tahun.

Hafiz.HOV dan Babyanamoi (pasangan di sisi kanan). Kredit: AF Viral Empire
Wanita berambut hitam (kanan) dipercayai Babyanamoi, usahawan yang membeli 5 kedai dalam masa kurang setahun. Kredit: Malaysia Gazette.

Well…

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Apakah pendapat anda? Komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Universiti Mabuk Tersekat Dalam Mesin Pengering Baju Gara-Gara Prank
Next Article TERKINI: Malaysia Mencatatkan Jumlah Kes Covid Tertinggi Sejak Wabak Ini Melanda Negara TERKINI: Malaysia Mencatatkan Jumlah Kes COVID-19 Tertinggi Sejak Wabak Ini Melanda Negara

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?