• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Selamba Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Netizen Pula Geram Dengan Tindakan ‘Abang Sado’ Ini

Oleh
Aina Musa
6 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Selamba Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Netizen Pula Geram Dengan Tindakan 'Abang Sado' Ini

Lelaki maki hamun sambil tunjal kepala pemandu wanita

Selamba Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Netizen Pula Geram Dengan Tindakan ‘Abang Sado’ Ini. Kecoh di media sosial hari ini dengan insiden seorang lelaki didakwa bersikap biadap dengan menunjal dahi seorang pemandu wanita.

Selamba Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Netizen Pula Geram Dengan Tindakan 'Abang Sado' Ini
Selamba Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Netizen Pula Geram Dengan Tindakan ‘Abang Sado’ Ini. Kredit: Facebook

Salah seorang pengguna Facebook bernama Aizacd Zack telah memuat naik sebuah video berdurasi 59 saat yang memaparkan kejadian tersebut. Video tersebut menunjukkan tindakan tersebut dirakam oleh seorang penumpang yang duduk bersebelahan dengan seorang wanita dalam kenderaan tersebut.

Difahamkan pentengkaran bermula apabila lelaki berbadan tegap itu tidak berpuas hati dengan pemanduan wanita terbabit.

Ketika wanita itu sedang membuat penjelasan, lelaki berbadan sasa itu telah menunjal kepala wanita berkenaan sebagai satu bentuk ‘pengajaran’.

”Bawa elok sikit, kau nak main, kau main dengan nyawa orang, babi! Kalau aku sepak kau kat sini dengan orang sebelah kau aku sepak nanti,” katanya dengan nada marah.

Selamba Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Netizen Pula Geram Dengan Tindakan 'Abang Sado' Ini

Namun, wanita tersebut kelihatan terkejut dan memohon maaf kepada lelaki tersebut. “Saya minta maaf, abang. Saya tidak bercakap dengan nada yang tinggi. Saya hanya menyatakan bahawa saya telah memotong di garisan putus-putus,” katanya.

Namun lelaki berkenaan tetap memarahi mangsa dengan berkata; ”Kau jangan nak menjawab, kau main dengan nyawa orang, kau lagi nak tinggi suara, Kepala bapak kau, kau tak nampak korner?.”

Selamba Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Netizen Pula Geram Dengan Tindakan 'Abang Sado' Ini

Video tersebut mendapat ribuan reaksi dan komen netizen sejak pagi tadi.

Berdasarkan komen dari lokasi kejadian, ia berlaku di laluan Cameron Highlands turun menghala ke Tapah.

Laporan polis sudah dibuat berkaitan insiden tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

‘Potret Gawai’ Jadi Kenangan Terakhir Buat Suami Mangsa Kemalangan Ngeri Di Selangau
Jadi Kabin Krew, Buat Julung Kalinya MyAirline Tawar Pekerjaan Kepada 32 Unduk Ngadau

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Mangsa ‘Scam’ Pelaburan Facebook, Kali Ini Pula Mangsa Dari Kuching Rugi RM524K
Next Article ‘Jangan Cakap Sarawak Guna Kamek Kitak Di Kuala Lumpur’, Netizen Kecam Individu Malu Cakap Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?