• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selera Kayangan Poket Marhaen, Ramai Takut Jatuh Standard Kalau Beli Sayur Di Bahagian Clearance

Oleh
ILB - AI
1 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Wanita beri pendapat mengenai membeli sayur di bahagian clearance stock

Selera Kayangan Poket Marhaen, Ramai Takut Jatuh Standard Kalau Beli Sayur Di Bahagian Clearance. Di sebuah pasar raya, ia mempunyai bahagian sayur-sayuran yang diletakkan di dalam bungkusan plastik, dikategorikan sebagai clearance iaitu baki sayur yang masih elok selepas bahagian rosak dipotong dan dibuang.

Menurut sumber, bagi bahagian clearance, difahamkan harganya lebih rendah berbanding sayur-sayuran yang masih segar dan bersusun cantik di rak. Dalam pada itu, segelintir akan memandang lekeh dan enggan membelinya, kononnya akan jatuh standard.

Bagaimanapun, menerusi laman Facebook, seorang wanita berkongsi pendapatnya supaya orang ramai tidak terlalu memilih untuk membeli sayur.

Selera Kayangan Poket Marhaen, Ramai Takut Jatuh Standard Kalau Beli Sayur Di Bahagian Clearance
Sumber: facebook

“Salah ke beli clearance stock? Tak salah selagi boleh makan. Beli barang branded pun awak malas masak, buang saja barang dalam peti tu.

“Eh kita nak kita beli barang dari Jaya Grocer je, tak makan la barang clearance ni. Beri penampar baru tahu. Orang kalau pandai masak, beri barang clearance stock pun sedak blako (sedap belaka).

“Dulu ada la orang ni dia sindir masa aku kecil, orang tak makan ikan selayang, beri makan kucing jer. Sekarang padan muka, ikan selayang pun RM16 sekilo,” kongsi wanita tersebut di laman Facebook.

Malah, dia turut bagi nasihat untuk membeli barang dengan bijak

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut menasihatkan orang ramai agar bijak membeli barang dan jangan terlalu mengutamakan ‘jenama’.

“Belilah ikut poket kita, tak salah, tak jatuh standard pun beli barang clearance, benda molek lagi beli jela.

“Jangan duk buat selera kayangan, tapi tak sedar kita ni poket marhaen. Lepas tu orang nasihat marah, mulalah buat sentimen ‘Oh kita tak layak ke nak makan yang jenama sikit, tak boleh ke, salah ke’.

“Tak salah kalau ada duit, kepala keretapi pun boleh je beli. Masalah kita ni nak yang berjenama lepas tu salahkan orang lain belaka apabila mahal,” ujarnya lagi.

Selera Kayangan Poket Marhaen, Ramai Takut Jatuh Standard Kalau Beli Sayur Di Bahagian Clearance
Sumber: facebook

Warganet turut bersetuju dengan kenyataan wanita berkenaan

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan wanita tersebut, bahkan mereka mengakui turut membeli barangan clearance stock kerana harga yang murah.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Video Tembakan Didakwa Berlaku Di Pasar Sayur Serikin, Rupa-Rupanya Berlaku Di Ecuador
Kasut Wanita Serendah RM 10, AEON Mall Kuching Central Kini Adakan ‘Clearance Sale’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru 3 Hari Dilahirkan, Bayi Nyaris Maut Gara-Gara Nenek Beri Air Kosong Baru 3 Hari Dilahirkan, Bayi Nyaris Maut Gara-Gara Nenek Beri Air Kosong
Next Article Inspirasi Nombor Tepi Jalan, Kontraktor Dari Sarawak Menang Jackpot RM 1.5 Juta Inspirasi Nombor Tepi Jalan, Kontraktor Dari Sarawak Menang Jackpot RM 1.5 Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?