• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Lelaki Warga Tempatan Ditahan, Seludup Dadah Lebih 21 Kg Di Lapangan Terbang Miri

Oleh
Husna Hazmi
9 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Dua lelaki berkenaan ditahan dengan dadah bernilai hampir RM 2 Juta 

Dua Lelaki Warga Tempatan Ditahan, Seludup Dadah Lebih 21 Kg Di Lapangan Terbang Miri. Dilaporkan bahawa, polis telah menahan dua lelaki warga tempatan di Lapangan Terbang Miri kerana disyaki menyeludup lebih 21kg pelbagai jenis dadah pada hari Rabu, lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata dalam satu kenyataan semalam berkata, suspek berusia antara 36 dan 42 tahun ditahan di balai ketibaan Lapangan Terbang Miri dalam satu operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Dua Lelaki Warga Tempatan Ditahan, Seludup Dadah Lebih 21 Kg Di Lapangan Terbang Miri
Dua Lelaki Warga Tempatan Ditahan, Seludup Dadah Lebih 21 Kg Di Lapangan Terbang Miri. Sumber gambar: Utusan Borneo

Salah seorang suspek mempunyai empat rekod jenayah

Menurutnya, salah seorang suspek mempunyai empat rekod jenayah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 379, 448, dan 457 Kanun Keseksaan.

Dikatakan, pemeriksaan lanjut mendapati lebih 21kg dadah bernilai RM1,991,700 ditemui dalam beg mereka, yang terdiri daripada 10,830g Eramin 5; 4,100g ekstasi; dan 7,000g methamphetamine.

Mancha berkata, modus operandi melibatkan mendapatkan bekalan dadah di Semenanjung dan membawanya balik ke Miri melalui lapangan terbang.

Dua Lelaki Warga Tempatan Ditahan, Seludup Dadah Lebih 21 Kg Di Lapangan Terbang Miri
Gambar sekadar hiasan

Suspek terima bayaran RM5,000

Suspek juga dikatakan telah menerima bayaran sebanyak RM5,000 (untuk menyeludup dadah tersebut), katanya, sambil menambah bahawa dadah yang dirampas itu adalah untuk pasaran tempatan.

Saringan awal turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan, tambah Mancha.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Pemain Golf Sarawak, Anson Yeo Cemerlang Sebagai Pemain Amatur Terbaik Dalam Yaris Cup
Tular Pasangan Kongsi Gambar Perkahwinan Di Puncak Gunung Kinabalu Raih Perhatian Ramai
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Pasangan Kongsi Gambar Perkahwinan Di Puncak Gunung Kinabalu Raih Perhatian Ramai
Next Article Ini Sebab Kenapa Miri Guna Sistem Gas Paip Untuk Memasak Ini Sebab Kenapa Miri Guna Sistem Gas Paip Untuk Memasak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?