• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seludup Dari Negara Jiran, Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai Lebih RM1.5 Juta

Oleh
Farisha
4 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sindiket penyeludupan minuman keras dirampas di Pelabuhan Sepanggar

Seludup Dari Negara Jiran, Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai Lebih RM1.5 Juta. Pada 24 April lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah merampas tiga kontena minuman keras yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM1.5 juta termasuk duti dan cukai.

Rampasan ini dibuat di Pelabuhan Sepanggar kerana dipercayai minuman keras tersebut cuba diseludup masuk dari negara jiran.

Seludup Dari Negara Jiran, Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai Lebih RM1.5 Juta
Seludup Dari Negara Jiran, Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai Lebih RM1.5 Juta

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman, rampasan dibuat antara pukul 10.50 pagi hingga 3.39 petang apabila petugas JKDM mendapati imej meragukan pada mesin imbasan kontena tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa modus operandi sindiket penyeludupan ini adalah dengan memalsukan maklumat dengan mengisytiharkan barangan sebagai pemegang telefon bimbit, barangan rumah dan jengkaut.

Siasatan kini tertumpu kepada ejen perkapalan kerana barangan yang diisytiharkan dalam kontena itu berbeza dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, menurut laporan.

Pelbagai jenama minuman keras, rokok, 2 buah lori, dan sebuah kereta Myvi dirampas

Selain itu, dalam Operasi Tuai yang dijalankan pada 22 hingga 29 Mei lalu, JKDM Sabah juga merampas pelbagai jenama minuman keras, rokok, dua buah lori dan sebuah kereta Perodua Viva yang dianggarkan bernilai lebih RM450,000 termasuk duti dan cukai.

Lima individu termasuk seorang warga asing berusia antara 19 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Operasi ini dijalankan di kawasan Ranau, Kota Kinabalu, Papar, Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom dan Keningau bagi menyekat penjualan dan pengedaran barang-barang seludup pada musim perayaan Pesta Kaamatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kastam Sarawak Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM2.4 Juta Di Bintulu
Rokok Dan Minuman Keras Tidak Bercukai Bernilai RM2.3 Juta Berjaya Dirampas Di Saratok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Kenal Pasti Punca Kesesakan Trafik Lebuhraya Pan Borneo Di Jakar, Ini Sebabnya JPJ Kenal Pasti Punca Kesesakan Trafik Lebuhraya Pan Borneo Di Jakar, Ini Sebabnya
Next Article Ditawarkan Wang Jumlah Besar, Tular Ibu Nekad Cabul Anak Kandung Di Tiktok Ditawarkan Wang Jumlah Besar, Tular Ibu Nekad Cabul Anak Kandung Di Tiktok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?