• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semak Syarat Kelayakan Anda Untuk Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak Mulai 9 Mac

Oleh
Ismail NA
8 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Adakah anda layak menerima insentif ini? Jom semak.

Semak Syarat Kelayakan Anda Untuk Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak Mulai 9 Mac. Pinjaman pelajaran PTPTN adalah salah satu tanggungjawab yang perlu dilangsaikan oleh anak muda selepas tamat pengajian. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai jumlah pinjaman yang besar, perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan. Malah ada yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menamatkan tempoh pinjaman.

Isi Isi Penting
  • Adakah anda layak menerima insentif ini? Jom semak.
  • Syarat kelayakan
  • Bagaimana untuk mendapatkan insentif ini?
  • Bagaimana jika saya belum mencapai jumlah 30% bayaran balik baki pinjaman?
  • Selain itu, anak Sarawak juga masih menerima insentif graduan pulang Sarawak tahun ini. Semak artikel di bawah untuk maklumat lanjut;

Namun, untungnya menjadi anak Sarawak, anda boleh mendapatkan insentif bayaran balik daripada kerajaan Sarawak sebanyak 30%! Bena sik? Ya, nang bena.

Untuk makluman anda, insentif bayaran balik yang memperuntukkan RM 30 juta ini adalah hasil dialog Ketua Menteri Sarawak bersama pelajar Sarawak di Semenanjung. Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak sebelum ini juga menawarkan inisiatif menggunakan formula yang sama kepada para pelajar di bawah Skim Biasiswa Pinjaman Dalam Negara Yayasan Sarawak.

Semak Syarat Kelayakan Anda Untuk Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak Mulai 9 Mac
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (tengah) menyaksikan penyerahan cek oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang (kiri) kepada Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid
Ihsan : Jabatan Penerangan

Menerui portal PTPTN, insentif bayaran balik yang diberikan oleh kerajaan Sarawak ini adalah suatu bentuk pengurangan baki pinjaman sebanyak 30%, khas untuk anak-anak Sarawak.

Syarat kelayakan

Individu yang layak menerima insentif ini adalah seperti berikut;

  • Peminjam merupakan anak Sarawak (sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak);
  • Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% dari baki hutang pinjaman; dan
  • Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/berhenti pengajian)

Peminjam yang telah menyelesaikan baki pinjaman tidak layak menerima insentif ini.

Berikut pula adalah contoh pengiraan bagi individu yang layak menerima insentif ini, dengan syarat telah membayar sebanyak 30% baki pinjaman;

Semak Syarat Kelayakan Anda Untuk Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak Mulai 9 Mac
Semak Syarat Kelayakan Anda Untuk Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak Mulai 9 Mac
Sumber : PTPTN

Bagaimana untuk mendapatkan insentif ini?

Untuk makluman anda, anda tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan untuk mendapatkan insentif ini. Sebaliknya, pihak PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada kerajaan negeri untuk urusan pemberian insentif.

Jika anda telah membayar sekurang-kurangnya 30% baki pinjaman anda, anda boleh menyemak status penerimaan anda melalui portal rasmi PTPTN di pautan www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak mulai 9 Mac 2021 (Selasa).

Melalui laporan laman berita Sinar Harian, seramai lebih 9,000 pelajar layak untuk menerima insentif ini setelah melalui tapisan pihak PTPTN setakat ini.

Bagaimana jika saya belum mencapai jumlah 30% bayaran balik baki pinjaman?

Tidak perlu risau. Insentif ini tiada tempoh terhad dan terbuka kepada mana-mana peminjam asalkan mereka telah memenuhi syarat yang ditetapkan. Untuk kelompok pertama, individu penerima adalah dalam kalangan mereka yang telah mencapai bayaran balik 30% setakat 31 Oktober 2020.

Walau bagaimanapun, peminjam hendaklah meneruskan bayaran balik masing-masing agar dapat menikmati insentif yang diberikan oleh kerajaan Sarawak ini.

Wah, best nya! Kitak orang dah bayar PTPTN kah belom? Mun belom, boleh mupok bayar sampe 30% untuk mendapatkan insentif tok.

Untuk maklumat lanjut, layari laman soalan lazim PTPTN di pautan ini : FAQ Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak

Selain itu, anak Sarawak juga masih menerima insentif graduan pulang Sarawak tahun ini. Semak artikel di bawah untuk maklumat lanjut;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku
Next Article Ini Adalah 6 Fakta Menarik Tentang Hari Wanita Antarabangsa Ini Adalah 6 Fakta Menarik Tentang Hari Wanita Antarabangsa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?