• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semakin Agresif, Ketahui Alasan Disebalik Serangan Buaya Di Sarawak Dan Sabah

Oleh
ILB - AI
18 Disember 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Buaya si pemangsa yang mula bertindak dengan serangan agresifnya buat ramai yang risau

Semakin Agresif, Ketahui Alasan Disebalik Serangan Buaya Di Sarawak Dan Sabah. Acap kali kita di sajikan dengan berita kemunculan kelibat dan serangan-serangan si pemangsa ni di mana-mana platform kebelakangan ini terutamanya di Sarawak dan Sabah.

Bahkan, hal ini menjadi kerisauan ramai orang kerana si pemangsa ini mula bertindak dengan serangan-serangan yang agresif. Setiap serangan sememangnya pasti memiliki alasan tersendiri walaupun ianya sekadar serangan seekor buaya.

Semakin Agresif, Ketahui Alasan Disebalik Serangan Buaya Di Sarawak Dan Sabah
Semakin Agresif, Ketahui Alasan Disebalik Serangan Buaya Di Sarawak Dan Sabah. Sumber gambar: SEPATAHDUA.MY

Alasan yang turun-temurun dipercayai adalah lagenda bujang senang iaitu buaya adalah jelmaan pahlawan Iban yang memiliki dendam terhadap keturunan musuhnya

Salah satu yang menjadi kepercayaan turun-temurun orang lama mengapa si pemangsa bertindak agresif adalah mitos hubungan antara manusia dan buaya yang saling berkait rapat. Mitos yang ini mengatakan bahawa buaya adalah jelmaan pahlawan Iban yang memiliki dendam dan dendam ini yang menjadi alasan untuk menyerang dan membunuh keturunan musuhnya jika mereka berada di dalam air sungai.

Semakin Agresif, Ketahui Alasan Disebalik Serangan Buaya Di Sarawak Dan Sabah
Semakin Agresif, Ketahui Alasan Disebalik Serangan Buaya Di Sarawak Dan Sabah. Sumber gambar: Berita Harian

Malah, dengan adanya mitos ini, sehingga ke hari ini masyarakat di SarawaK tidak akan memakan daging buaya kerana dipercayai pemangsa ni boleh menghidu bau jika mereka yang memakan daging saudaranya turun ke sungai juga.

Mitos ini dahulunya kebanyakkannya dipercayai oleh masyarakat di Sarawak terutamanya bagi masyarakat Iban di Sarawak kerana adanya lagenda seperti lagenda bujang senang. Pada hari ini, mungkin masih ada yang percaya dengan kepercayaan ini.

Habitat mereka terganggu sekaligus menganggu sumber makanan mereka dan mereka merasa terancam dan mengancam manusia pula

Bukan itu sahaja, seperti kita sedia maklum, si pemangsa ini mula banyak ditemui di kawasan pantai juga. Hal ini difahamkan kerana berlakunya gangguan kepada habitat buaya. Bahkan, populasi buaya juga turut dibuktikan dengan beberapa kajian kebelakangan ini yang membuktikan populasi buaya di sungai-sungai di Borneo semakin meningkat.

Semakin Agresif, Ketahui Alasan Disebalik Serangan Buaya Di Sarawak Dan Sabah
Sumber gambar: SabahUp2date

Contohnya, kajian oleh pihak SFC pada tahun 2013 sehingga 2014 membuktikan bahawa sebanyak 2,236 ekor buaya dapat dikesan di sepanjang sungai 45 batang sungai di Sarawak.

Oleh itu, dengan habitat mereka terganggu dan populasi mereka meningkat, buaya ini akan mencari habitat yang baru dan mencari habuan makanan yang baru juga. Oleh kerana semuanya serba baru, manusia adalah satu satu habuan mudah bagi mereka.

Memang hakikatnya kita ada pihak yang menguruskan habitat, populasi dan ternakan si pemangsa ini. Namun, terkadang situasi alam juga bukan semudah A B C untuk serta-merta dapat dikawal sepenuhnya.

Jadi, masyarakat juga harusnya ambil langkah berjaga-jaga dan lebih berpada-pada dengan keadaan sungai termasuk laut atau pantai di Borneo ini kerana untuk mengurangkan risiko berlakunya serangan agresif buaya ini tanpa kita sedari.

Dan jika di kawasan berdekatan dengan kita ada yang heboh tentang penemuan buaya ini di kawasan berkenaan maka boleh hubungi pihak berwajib untuk datang memberikan bantuan untuk menangkap dan mengamankan keadaan dan si pemangsa juga.

SUMBER :SEOATAHDUA.MYBerita HarianSabahUp2date
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad CIMB Anda Secara Dalam Talian Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad CIMB Anda Secara Dalam Talian
Next Article Karya Pernah Dibeli Ratu Elizabeth II, Kini Artis Sarawak Ini Cipta Rekod Baru Lancar Lukisan Batik Terbesar Karya Pernah Dibeli Ratu Elizabeth II, Kini Artis Sarawak Ini Cipta Rekod Baru Lancar Lukisan Batik Terbesar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?