I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang

Oleh Aina Syafiqah Musa 20 Disember 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang

Lokasi riadah terbaik bersama anak-anak musim cuti sekolah ini

Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang. Memandangkan cuti sekolah tengah berlangsung, mungkin ada di antara ibu bapa yang masih tercari-cari tempat menarik di sekitar Kuching untuk dikunjungi bersama anak-anak.

Apa kata anda ke VH Green Nature Park yang terletak di Jalan FAC, Matang. VH Green Nature Park ini merupakan sebuah taman luar yang memberikan pengalaman landskap serta flora dan fauna yang unik buat pengunjung.

Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang
Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang. Kredit: VH Green Nature Park

Destinasi ini juga sesuai untuk kanak-kanak belajar tentang hidupan alam semula jadi seperti haiwan-haiwan darat dan laut, burung sekaligus menjadi taman permainan semulajadi yang selamat dan menyeronokkan.

VH Green Nature Park ini mengutamakan pembelajaran sebagai tarikan utama pelawat dan menjadikannya sesuai untuk anda membawa anak-anak anda mempelajari sesuatu semasa cuti sekolah.

Sepanjang cuti sekolah ini, VH Green Nature Park Matang ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ialah:

  1. Pertunjukkan Burung (Bird Show)

Sekiranya anda suka melihat gelagat comel burung, ikuti aktiviti pertunjukkan burung ataupun bird show di sini.

Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang

‘Bird Show’ ini berlangsung sebanyak 3 sesi iaitu pada jam 9 pagi, 2:30 dan 3:30 petang.

Menariknya aktiviti pertunjukkan burung ini, kanak-kanak yang hadir dibenarkan untuk turut serta menjayakan ‘bird show’ ini bagi memberi mereka merasai pengalaman berharga di sini.

2. Horse Riding

VH Green Nature Park ini juga turut menawarkan aktiviti menunggang kuda kepada pengunjung. Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman menunggang kuda, anda akan diajar oleh individu yang berpengalaman di sini.

Sempena Cuti Sekolah, Ini 5 Aktiviti Menarik Ditawarkan Oleh VH Green Nature Park Matang

Pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 10 sahaja untuk aktiviti menunggang kuda ini. Pasti anda akan teruja diberi peluang untuk menunggang kuda kerana di tempat lain sekitar Kuching mungkin anda tidak akan diberi peluang untuk merasai pengalaman ‘horse riding’ ini.

3. Petting Animal

Jika anda pecinta haiwan, lokasi ini sangat sesuai untuk anda kerana anda akan ditawarkan aktiviti seperti ‘petting animal’.

Di sini anda akan didedahkan dengan pelbagai haiwan-haiwan ternakan dan haiwan eksotik yang dijaga baik oleh pihak VH Green Nature Park ini.

Anda bukan sahaja dapat melihat, malah anda dapat bergambar, memberi makan dan memegang dengan jarak dekat. Yang penting kesemua haiwan ini memang jinak, mesra dan selamat untuk kanak-kanak.

4. Melawat ke kebun sayur

Selari dengan konsep beriadah sambil belajar, anda juga turut ditawarkan aktiviti melawat ke kebun sayur. Disini, pengunjung terutamanya kanak-kanak akan didedahkan dan diajar mengenali pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam di sini.

5. Mengenali pelbagai tumbuhan herba

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat kebun herba dan pengunjung berpeluang mengenali aneka jenis herba-herba unik yang ditanam oleh pihak VH Green Park Nature ini.

Waktu dan hari operasi

Oleh itu, sekiranya ada berminat untuk datang ke sini, anda digalakkan untuk membeli tiket secara dalam talian di laman sesawang ticket2u.com bagi mendapatkan harga diskaun.

Senarai harga bayaran masuk

Alamat: Lot 1275, Block 6, Matang Land District, 93050 Kuching, Sarawak (Jalan FAC)
Waktu operasi: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti sekolah buka sepanjang minggu termasuk Sabtu Ahad) | 9 pagi hingga 4.30 petang
Facebook: VH Green Nature Park Official

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Bawa Anjing Di Dalam Troli, Netizen Puji Tindakan Pantas Pekerja Emart Moyan Tular Bawa Anjing Di Dalam Troli, Netizen Puji Tindakan Pantas Pekerja Emart Moyan
Next Article Menyajikan Makanan Fusion Unik, Anda Mesti Cuba Menu Di Kantin at The Granary Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?