• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sempena PRU, MASWings Tawar Promosi Tambang Murah Bagi Pengundi Sabah Dan Sarawak

Oleh
Aina Musa
2 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Sempena PRU, MASWings Tawar Promosi Tambang Murah Bagi Pengundi Sabah Dan Sarawak

Harga tiket serendah RM 135

Sempena PRU, MASWings Tawar Promosi Tambang Murah Bagi Pengundi Sabah Dan Sarawak. Bagi menggalakkan orang ramai pulang mengundi, MASwings menawarkan tiket murah bagi laluan sehala bermula dengan harga serendah RM135 di bawah promosi kempen “Jom Balik Undi” sehingga 30 November bermula hari ini.

Sempena PRU, MASWings Tawar Promosi Tambang Murah Bagi Pengundi Sabah Dan Sarawak
Sempena PRU, MASWings Tawar Promosi Tambang Murah Bagi Pengundi Sabah Dan Sarawak. Sumber: Astro Awani

Menurut Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, kempen tersebut diadakan bagi membantu para pengundi terutamanya di Sabah dan Sarawak pulang ke negeri masing-masing untuk membuang undi pada 19 November.

Salah satu inisiatif untuk menggalakkan orang ramai pulang mengundi

“Sebagai ‘Nadi Borneo’, kami komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai untuk menyokong dan membantu operasi PRU15.

“Sehubungan itu, kami menggesa pengundi tempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi membolehkan mereka sebagai warganegara Malaysia,” ujar beliau.

Menjangkakan permintaan yang bakal meningkat terhadap perkhidmatan MASwings, syarikat penerbangan itu turut menambah kekerapan penerbangan di beberapa laluan udara yang dikenal pasti di Sabah, Sarawak, dan Labuan pada 18 November sehingga 21 November.

Jumlah penerbangan juga ditambah

“MASwings juga akan menambah kekerapan penerbangan untuk menampung lonjakan permintaan yang dijangka melibatkan beberapa laluan di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan.

Sempena PRU, MASWings Tawar Promosi Tambang Murah Bagi Pengundi Sabah Dan Sarawak

“Kekerapan penerbangan akan ditambah daripada 21 kali seminggu kepada 28 kali seminggu melibatkan laluan Miri – Labuan, Miri – Sibu, Kota Kinabalu – Lahad Datu, dan Kota Kinabalu – Labuan bermula 18 sehingga 21 November,” menurut kenyataan dikeluarkan itu.

Bagi laluan Kuching – Limbang, penerbangan MASwings pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu akan dinaikkan kepada 2 kali penerbangan setiap hari pada 18 dan 20 November.

MASwings turut menasihatkan pengundi yang berhajat untuk mendapatkan tiket agar melakukan tempahan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan untuk pulang ke daerah mengundi terutamanya pada saat akhir.

SUMBER :Astro awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Boleh Pergi Ke Angkasa’, Papan Tanda Condong Di Samarahan Jadi Bahan Tawa Netizen
Next Article Netizen Mohon Bina Jejantas Di Hadapan Pusat Beli Belah Kuching Dan Samarahan Netizen Mohon Bina Jejantas Di Hadapan Pusat Beli Belah Kuching Dan Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?