Terbaiklah!
Sempoi Kongsi Makan Ulat Mulong Dan Laksa Sarawak, Duta Besar Jepun Raih Perhatian Netizen. Duta Besar Jepun, Takahashi Katsuhiko hari ini tiba ke Kuching bagi menyempurnakan majlis perasmian Chitose Carbon Capture Sarawak.
Kedatangannya itu disambut baik oleh Premier Sarawak, iaitu YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Sempat jamu beberapa hidangan autentik Sarawak!
Sebelum ke Kuching, beliau sempat ke Bintulu atas urusan kerja semalam.
Menariknya, beliau sempat ‘menjamah’ beberapa hidangan tradisional semasa di Bintulu antaranya umai, midin dan ulat mulong atau lebih dikenali sebagai ulat sagu.
Menerusi perkongsian itu, beliau sangat menikmati hidangan sayur midin dan umai. Untuk hidangan ulat mulong pula, beliau hanya menjamahnya setelah dimasak.
“Live ones were too difficult for me…😥
Baginya, sukar untuk menelan ulat tersebut dengan mentah dan masih bergerak-gerak.
Pagi ini, beliau memuat naik satu lagi perkongsian di mana beliau menikmati hidangan laksa Sarawak di Kuching sebelum berangkat bertemu dengan Premier Sarawak.
