Antara aktiviti mencabar di Sabah yang patut anda cuba
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mencabar Daki Batu Punggul Nabawan Di Sabah. Kebanyakan orang telah mulai mengamalkan gaya hidup sihat dengan hiking, di mana aktiviti ini kini menjadi trend seperti yang dinampak menerusi media sosial. Selain di Sarawak, negeri jiran kita iaitu Sabah juga tak ketinggalan trend ini.
Batu Punggul adalah formasi batu kapur semula jadi yang menarik di Sabah, Malaysia, yang menawarkan pengembaraan unik bagi pengunjung. Puncak batu kapur ini, yang tingginya 800 kaki dan ditemui oleh dua pengunjung dari Jepun pada tahun 1968, berdiri tegak di hutan hujan Sepulot, Sabah. Formasi ini dihormati oleh komuniti Murut tempatan, yang percaya ia dilindungi oleh roh. Menurut legenda setempat, puncak dan formasi di sekelilingnya dahulunya adalah orang dan struktur yang telah bertukar menjadi batu oleh roh hutan sebagai hukuman atas perbuatan buruk mereka.
Bagi lelaki ini pula, beliau yang memang dari dahulu penggemar aktiviti hiking berkongsi pengalaman beliau ketika mendaki Batu Punggul Nabawan di Sabah.
Anak jati Sarawak menyahut cabaran mendaki Batu Punggul Nabawan
Amos Winter menceritakan pengalaman beliau mendaki batu punggul ini agar ia dapat dijadikan rujukan kepada orang lain yang berminat. Ketika ditemu bual, Amos mengatakan pendakian ini bukan mencabar tetapi bahagian menurunnya mencabar.
Terletak di Daerah Nabawan, Kampung Sapulut di Sabah, sesiapa yang berminat perlu membuat booking dahulu sebab walk in tidak digalakkan.
Maklumat penting
Anda akan diberi 3 pilihan untuk mendaki Batu Punggul iaitu:
- Jika anda nak hiking 2.4KM – pergi dan balik RM30.
- Jika anda nak hiking 2.5KM – pergi, balik naik bot RM40.
- Pergi, balik naik bot RM45.
Anda juga boleh bermalam di homestay pada harga RM25.
Beliau bersama rakannya berpilih untuk bermalam
Untuk Amos, beliau bersama rakan-rakannya berputus untuk bermalam di homestay sebelum melakukan pendakian pada hari seterusnya. Mereka bermula di Kampung Tataluan Sapulut dan mereka mengambil pilihan hiking 2.5KM dan pulang menggunakan bot.
Menurut Amos lagi berdasarkan maklumat dari guide mereka, ketinggian batu tersebut sekitar 300 kaki. Beliau mengumpamakan pengalaman tersebut seperti wall climbing tetapi bezanya adalah ia tidak mempunyai harness dan hanya mempunyai tali dan kabel. Oleh demikian, anda akan mendaki dengan risiko sendiri.
Pemandangan sangat berbaloi
Setelah anda tiba ke puncak, anda akan ditawarkan pemandangan yang indah, sangat berbaloi dengan masa dan usaha anda.
Namun, anda tak dapat berada di sana untuk masa yang lama sekiranya anda tiba pada waktu tengah hari (sunburn, gais!) Apa yang lebih menarik adalah pengalaman turun dari batu punggul terbabit.
“Naik bukan masalah, tapi part turun memang mencabar!” Kata beliau.
Menurut beliau, pengalaman turun dari batu punggul berkenaan sangat memainkan mental serta menakutkan bagi individu yang gayat. Tapi bagi mereka yang gayat dan teringin untuk mengatasi ketakutan mereka, mereka boleh mencuba.
Sempat masuk gua dipenuhi dengan kelawar
Selepas pendakian tersebut, mereka luangkan masa 30 minit turun sehingga masuk ke dalam sebuah gua yang dipenuhi dengan kelawar.
Menurut Amos, gua tersebut memang kacak malah siap ada trail dalam gua terbabit. Mereka kemudian mengambil masa 10 minit pulang ke Kampung Tataluan Sapulut mengguna bot.
Jika anda di Sabah dan tiba-tiba rasa nak cuba hiking di tempat baru, letakkan Batu Punggul Nabawan dalam senarai hiking anda seterusnya.
Anda boleh juga menonton video-video kembaraan Amos menerusi saluran YouTube beliau, dimana beliau berkongsi aktiviti-aktiviti pengembaraannya menerusi platform terbabit.
Pengunjung disarankan untuk bersiap sedia dengan baik untuk perjalanan ini, kerana pendakian boleh menjadi sukar dan keadaan mencabar akibat persekitaran yang panas dan lembap. Barang-barang penting termasuk air, pelindung matahari, pakaian luaran yang selesa, dan kasut mendaki atau memanjat yang baik. Perancangan perjalanan terlebih dahulu adalah perlu, dan pengunjung boleh menghubungi tour guide atau panduan tempatan untuk bantuan.
Destinasi terpencil ini di Sabah Borneo bukan hanya tentang pendakian; ia menawarkan pengalaman holistik pengembaraan, warisan budaya, dan keindahan semula jadi, menjadikannya tarikan yang unik bagi mereka yang mencari pengalaman di luar biasa di Malaysia.