Mei Penuh Meriah di Sabah — Dari MATTA Fair Sampai Pesta Kaamatan!
Ini Senarai Acara Menarik Di Sabah Sepanjang Bulan Mei 2025. Mei 2025 bakal jadi bulan yang happening di Sabah. Daripada MATTA Fair Sabah yang tawarkan pakej pelancongan menarik, Malaysian International Cocoa Fair (MICF) untuk pencinta coklat, Borneo International Marathon untuk si kaki lari, hinggalah ke EKSPO MEGAHOME dengan tawaran hebat—semuanya ada.
Tak cukup dengan itu, kita juga ada sambutan budaya besar-besaran melalui Pesta Kaamatan di Keningau dan Kota Kinabalu, serta ulang tahun pertama Chunk & Dunk yang menjanjikan makanan percuma dan selebriti popular. Pendek kata, Mei ini memang padat dengan aktiviti untuk semua—sama ada nak travel, shopping, makan-makan atau celebrate budaya Sabah kita. Kalau korang cari alasan nak keluar rumah dan create memories baru, inilah masanya!
1. Matta Fair Sabah

MATTA Fair Sabah 2025 akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei di Sabah International Convention Centre (SICC). Dengan 130 gerai pameran, jumlah ini meningkat berbanding hanya 78 gerai pada tahun sebelumnya.
Acara ini menumpukan kepada pakej pelancongan, tiket penerbangan dan penginapan dengan harga yang sangat menarik. RHB pula bertindak sebagai Rakan Bank Rasmi yang menyediakan promosi eksklusif sepanjang acara berlangsung.
MATTA Fair ini turut berkait rapat dengan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026). Malaysia Aviation Group (MAG) menjadi Rakan Syarikat Penerbangan Rasmi yang menawarkan pakej istimewa kepada pengunjung. Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui MATTA Fair Buyers’ Contest dengan hanya membuat pembelian minimum RM100.
2. Malaysian International Cocoa Fair (MICF 2025)

Malaysian International Cocoa Fair 2025 (MICF 2025) akan berlangsung dari 24 hingga 27 Mei 2025. Acara ini akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, dengan sokongan daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi serta kerajaan negeri Sabah, dan dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia.
MICF 2025 bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik, pameran, serta peluang rangkaian bagi pemain industri koko tempatan dan antarabangsa. Acara ini juga disokong oleh pelbagai agensi tempatan seperti Sabah Convention Bureau, Malaysia Convention & Exhibition Bureau, dan CCI France Malaysia.
Pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengimbas kod QR yang disediakan untuk info terkini mengenai acara ini.
3. Borneo International Marathon 2025

Acara marathon terbesar di Borneo kembali lagi! Tandakan kalendar anda pada 11 Mei 2025 untuk Borneo International Marathon yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu. Sama ada anda ingin mencabar diri dengan kategori Full Marathon, Half Marathon, ataupun sekadar bersantai dengan jarak 10KM, inilah masanya untuk anda beraksi sambil menikmati keindahan Kota Kinabalu.
Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada acara larian yang dinanti-nantikan ini. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi www.borneomarathon.com. Jumpa anda di garisan permulaan.
4. Ekspo Megahome Sabah

EKSPO MEGAHOME kembali lagi di Sabah International Convention Centre (SICC) dari 1 hingga 4 Mei 2025 dengan lebih 200 booth menarik serta kempen ‘Grab & Win’ yang menawarkan peluang hebat untuk korang menang hadiah wang tunai.
Jangan lupa juga join sebagai ahli #megahome untuk rebut peluang dapat bantal Akemi percuma—terhad 100 unit setiap hari, tepat jam 3 petang. Istimewa kali ini, jenama TV & monitor No.1 Singapura, PrismPlus pun akan turut serta tau. Jangan terlepas peluang, lagi-lagi cuti umum Labor Day tu.
5. Pesta Kaamatan

Jom meriahkan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2025 yang bertemakan “Kaamatan Montok Toinsanan” atau “Kaamatan Untuk Semua”!
Acara berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Dataran Keningau, dan akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan. Pelbagai aktiviti menarik seperti sukan tradisi, aktiviti tradisi serta tamu tradisi menanti korang semua. Jangan lepaskan peluang, mari bersama-sama raikan warisan budaya Sabah.
6. Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2025

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2025 anjuran DBKK yang bakal berlangsung dengan penuh kemeriahan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Pertandingan Akhir Sugandoi pada 2 Mei di Lintasan Deasoka, dan pertandingan Linundus Unduk Ngadau pada 16 Mei di Imago Shopping Mall.
Kemuncak acara pada 17 Mei juga di Imago, menjanjikan persembahan budaya menarik serta mengukuhkan semangat perpaduan dan kekitaan warga Kota Kinabalu. Kaamatan untuk semua, Kaamatan Montok Toinsanan.
7. Ulang tahun Chunk & Dunk

Warga Sabah, jom sama-sama raikan ulang tahun pertama Chunk & Dunk dan pelancaran cawangan ketiga mereka di Imago Shopping Mall pada 3 Mei 2025, jam 12 tengah hari.
Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa secara eksklusif dengan Bella Astillah serta pengasas Chunk & Dunk, Adam Shamil, selain persembahan hebat artis tempatan Sabah seperti Dabra Sia dan Hafiey Suffian. Lagi best, 1000 Croffle & Shaved Ice akan diberikan secara PERCUMA, dan korang juga boleh dapatkan merchandise eksklusif Chunkie’s Tumbler edisi terhad. Hos acara tak lain tak bukan, Miss World Malaysia 2010, Nadia Heng bakal menceriakan hari anda.
Dengan begitu banyak acara menarik sepanjang Mei 2025, Sabah bukan saja jadi destinasi pelancongan, tapi juga pusat gaya hidup dan budaya yang penuh warna.
Daripada aktiviti luar yang sihat, jualan hebat, festival makanan, hinggalah ke sambutan tradisi, setiap acara bawa peluang untuk kita enjoy, belajar dan sambut komuniti kita dengan penuh bangga. Jadi, jangan lepaskan peluang—save tarikh, ajak kawan-kawan, dan jom kita raikan kemeriahan Mei 2025 bersama-sama.

