• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024

Oleh
Nazihah AN
1 Oktober 2024
Kongsi
9 Min Bacaan
Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober Ini

Ini senarai acara-acara menarik yang anda boleh lock the date!🔒

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024. Kalau di Sarawak, setiap bulan pasti ada acara-acara yang menarik dan pelbagai aktiviti menarik, akan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik sepanjang bulan Oktober ini.

Isi Isi Penting
  • 1. What About Kuching (WAK), (1-31 Oktober, Kuching)
  • 2. Festival Bintangor (5-13 Oktober, Bintangor Town)
  • 3. Benak Road-Trail Run (19 Oktober, Simanggang Town)
  • 4. Festival Tasik Biru (25-27 Oktober, Perkarangan Tasik Biru, Bau)
  • 5. Pesta Danu Serian (25 Oktober – 3 November, Vacinity of the Serian Conference Centre & Tasik Danu, Serian)
  • 6. Kuala Baram Cycling Race (26 – 27 Oktober, Permaisuri Mall, Miri)
  • 7. Sarawak International Dragon Boat Regatta ( 25-27 Oktober, Kuching Waterfront)
  • 8. Kuching Marathon (27 Oktober, Kuching)
  • 9. Kuching Comic-Con (19-20 Oktober, Lantai 3, CityOne Megamall)
  • 10. The Spring Oktoberfest Sundown 2024 (25 September-6 Oktober, The Spring)
  • 11. Kuching Jazz (4-5 Oktober, Kuching Waterfront Esplanade)
  • 12. SCaTFair (5-6 Oktober, Himah Exchange Event Centre)
  • 13. Fit Malaysia (6 Oktober, Padang Merdeka, Kuching)
  • 14. Konsert Hafiz Suip – Perjalananku (13 Oktober, Hikmah Exchange Event Centre)
  • 15. Padawan Raft Safari (20 Oktober, Kampung Danu & Kampung Temurang Padawan)
  • 16. Explorace Race 2024 (20 Oktober, Kuching)
  • 17. Borneo Sonic 2024 (11-12 Oktober, Padang D, Jalan Stadium Petrajaya)
  • 18. Pesta Orang Kampung (2-6 Oktober, Permy Mall,Miri Parking Lot)
  • 19. Borneo Glamping (11-12 October 2024, Padang D, Stadium Sarawak)

Dari acara sukan lasak hingga festival kebudayaan, penduduk tempatan dan pelancong akan dapat menyaksikan keindahan dan keunikan negeri ini melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan di seluruh Sarawak.

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024
Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024.
Gambar sekadar illustrasi

Berikut adalah beberapa acara yang patut anda sertakan dalam kalendar anda:

1. What About Kuching (WAK), (1-31 Oktober, Kuching)

What About Kuching (WAK) merupakan festival tahunan yang diadakan sepanjang bulan Oktober dan menjadi tumpuan komuniti di Kuching dan Sarawak. Festival ini bertujuan untuk meraikan seni, budaya, dan gaya hidup rakyat Sarawak.

Apa yang menarik tentang WAK ialah pelbagai genre acara disatukan dalam satu program yang padat, menampilkan persembahan seni, muzik, tarian, seni visual, dan bengkel kreatif.

2. Festival Bintangor (5-13 Oktober, Bintangor Town)

Bagi mereka yang ingin melawat Bintangor, Festival Bintangor adalah acara yang dinantikan. Festival ini menampilkan pelbagai jualan produk tempatan, permainan menyeronokkan, dan persembahan kebudayaan di atas pentas.

Salah satu acara yang menarik ialah Perlumbaan Bot Laju Bintangor yang diadakan di atas air, memberikan elemen sukan air yang mendebarkan.

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024
Sumber gambar: Utusan Borneo Online

3. Benak Road-Trail Run (19 Oktober, Simanggang Town)

Untuk penggemar aktiviti lasak, Benak Road-Trail Run adalah acara yang tidak boleh dilepaskan. Larian ini menawarkan pengalaman unik berlari melalui kampung-kampung, denai hutan, dan bandar Simanggang.

Pemandangan indah sepanjang Sungai Batang Lupar, yang terkenal dengan fenomena benaknya, adalah daya tarikan utama acara ini. Larian ini mempunyai cabaran sejauh 10KM dengan kategori untuk lelaki/wanita veteran dan lelaki/wanita terbuka, serta larian santai sejauh 5KM.

4. Festival Tasik Biru (25-27 Oktober, Perkarangan Tasik Biru, Bau)

Bertempat di Tasik Biru, Bau, festival ini menjanjikan pelbagai aktiviti sukan air yang menarik. Tasik ini yang dahulunya merupakan kawasan lombong emas kini menjadi lokasi popular untuk sukan air seperti berakit, berkayak, dan tarik tali di atas air.

Selain itu, terdapat juga permainan tradisional tempatan yang dikenali sebagai ‘Jong’, iaitu perlumbaan bot mainan kayu. Festival ini turut menampilkan persembahan kebudayaan, pameran kraftangan, dan bazar makanan yang menawarkan pelbagai juadah tempatan.

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024
Sumber gambar: Sarawak Tourism Board

5. Pesta Danu Serian (25 Oktober – 3 November, Vacinity of the Serian Conference Centre & Tasik Danu, Serian)

Serian yang terkenal sebagai ‘Bandar Tasik’ akan menjadi tuan rumah kepada Pesta Danu Serian, satu acara yang bertujuan untuk memperkenalkan keunikan bandar ini. Acara ini akan menonjolkan pelbagai produk tempatan seperti makanan, seni, budaya, dan pelancongan agro.

Dengan adanya tasik-tasik yang indah di kawasan Serian, pesta ini pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan budaya tempatan.

6. Kuala Baram Cycling Race (26 – 27 Oktober, Permaisuri Mall, Miri)

Kuala Baram Cycling Race merupakan acara sukan berbasikal yang diadakan di Miri dengan objektif untuk menjadikan Miri sebagai destinasi baru bagi acara lumba basikal, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Acara ini juga bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal, selaras dengan inisiatif ‘go green’. Pengunjung yang datang ke Miri dapat menikmati suasana Resort City sambil menyaksikan aksi para pelumba yang bertanding.

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024
Sumber gambar: Sarawak Tourism Board

7. Sarawak International Dragon Boat Regatta ( 25-27 Oktober, Kuching Waterfront)

Bagi penggemar sukan air, Sarawak International Dragon Boat Regatta yang diadakan di Sungai Sarawak adalah acara yang dinanti-nantikan. Acara ini disertai oleh pasukan tempatan dan antarabangsa yang bersaing dalam pelbagai kategori perlumbaan untuk memenangi hadiah wang tunai dan trofi.

Sebagai acara yang diiktiraf oleh Persekutuan Perahu Naga Antarabangsa (IDBF), regatta ini menawarkan pertandingan yang sengit dan meriah. Pengunjung juga boleh menikmati keindahan Sungai Sarawak sambil menyaksikan perahu naga yang berwarna-warni.

8. Kuching Marathon (27 Oktober, Kuching)

Bagi peminat marathon, Kuching Marathon yang diadakan pada bulan Oktober ini adalah satu acara yang dinanti-nantikan. Acara ini menarik pelari dari seluruh dunia untuk datang berlumba sambil menikmati keindahan bandar Kuching.

Laluan larian yang melalui bangunan-bangunan ikonik dan pemandangan bandar lama Kuching menjadikan marathon ini unik dan menarik. Pengunjung yang tidak menyertai larian juga boleh bersorak memberikan semangat kepada para peserta.

9. Kuching Comic-Con (19-20 Oktober, Lantai 3, CityOne Megamall)

Kuching Comic-Con yang pertama untuk tahun 2024 akan diadakan dari 19 hingga 20 Oktober. Acara ini akan mempunyai pelbagai aktiviti kerana ia meraikan komik Barat, filem, rancangan TV retro, kartun, dan permainan video.

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024
Sumber gambar: FB The Spring

10. The Spring Oktoberfest Sundown 2024 (25 September-6 Oktober, The Spring)

The Spring Sundown akan berlangsung di The Spring Mall dari 25 September hingga 6 Oktober bermula jam 5 petang. Dengan pelbagai pilihan makanan yang pelbagai dan bir yang menyegarkan. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan menikmati hidangan serta minuman dalam suasana yang meriah.

11. Kuching Jazz (4-5 Oktober, Kuching Waterfront Esplanade)

Kuching Jazz adalah acara tahunan yang menampilkan persembahan artis jazz tempatan dan antarabangsa. Jika anda peminat Rizky Febian dan Payung Teduh, jangan ketinggalan untuk turut serta acara ini.

12. SCaTFair (5-6 Oktober, Himah Exchange Event Centre)

SCaTFair adalah platform yang menawarkan peluang kerjaya dan latihan kepada para graduan dan pencari kerja. Pameran ini dianjurkan dengan tujuan untuk membantu masyarakat setempat mengakses peluang pekerjaan dan memperluaskan kemahiran mereka melalui pelbagai bengkel dan sesi latihan yang disediakan.

13. Fit Malaysia (6 Oktober, Padang Merdeka, Kuching)

Bagi penggemar sukan dan kecergasan, Fit Malaysia Sarawak adalah acara yang sesuai untuk anda! Fit Malaysia bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan dan sukan yang disediakan untuk semua peringkat umur.

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Oktober 2024
Sumber gambar: Harian Metro

14. Konsert Hafiz Suip – Perjalananku (13 Oktober, Hikmah Exchange Event Centre)

Peminat muzik tempatan pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Hafiz Suip – Perjalananku yang bakal berlangsung di Kuching. Penyanyi terkenal Sarawak ini akan membawa para peminat mengimbau perjalanan kerjaya seninya melalui persembahan lagu-lagu hit yang popular.

15. Padawan Raft Safari (20 Oktober, Kampung Danu & Kampung Temurang Padawan)

Padawan Raft Safari adalah acara sukan air unik yang dianjurkan di kawasan luar bandar Kuching. Peserta akan berdayung rakit mereka menyusuri sungai yang tenang tetapi mencabar, melalui beberapa kampung tradisional Bidayuh.

16. Explorace Race 2024 (20 Oktober, Kuching)

Seluruh peminat basikal lipat adalah dijemput untuk menyertai program ini yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2024 sempena Kuching Car Free Morning.

17. Borneo Sonic 2024 (11-12 Oktober, Padang D, Jalan Stadium Petrajaya)

Dijadualkan dari 11 hingga 12 Oktober di Stadium Sarawak, festival tahun ini bertujuan untuk menyatukan 36,000 peminat muzik dari seluruh dunia dengan barisan persembahan serantau dan antarabangsa yang meriah.

18. Pesta Orang Kampung (2-6 Oktober, Permy Mall,Miri Parking Lot)

Pesta Orang Kampung adalah festival makanan yang menampilkan konsep klasik dan tradisional. Acara ini diadakan di kawasan tempat letak kereta Permy Mall, Miri, dan berlangsung selama lima hari.

19. Borneo Glamping (11-12 October 2024, Padang D, Stadium Sarawak)

Borneo Glamping atau dikenali sebagai Borneo Sonic Glamping kembali pada tahun 2024 dengan skala yang lebih besar dan lebih hebat dari sebelumnya! Acara glamping ini adalah gabungan unik antara festival muzik dan pengalaman berkemah mewah.

20. OktoberFest (12 Sept – 06 Okt, La Promenade Mall)

OktoberFest di La Promenade Mall berlangsung dari pertengahan September hingga awal Oktober, menawarkan pengalaman festival yang penuh dengan kemeriahan dan pelbagai aktiviti menarik.

Lagi event-event menarik bulan ini, akan kami update dalam ini yaa!

Baca juga artikel menarik di bawah:

Kepada Peminat Indie, Fourtwnty Bakal Gegar Pentas Kampung Budaya Sarawak
Warga Emas Terkejut Peroleh RM18K Wang Tidak Dituntut Di Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jurulatih BAM Kelahiran Sarawak Kini Berhijrah Latih Pasukan Czech Republic
Next Article Dua Beranak Maut Ketika Melintas Jalan Di Tuaran Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?